Khamis, 31 Mac 2016

Airtangan: Roti John Cheese


Hari ni nak share resepi Roti John Cheese, sebenarnya tak susah mana pun nak wat…..sejak twin pandai makan ni, ,mama memang tersangat rajin nak masak, almaklumla airtangan itu kan pengikat kasih sayang....Ini resepinya....



Roti John Cheese
Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kurma (kalau nak)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih
  • garam gula secukup rasa
  • Daging/ayam cincang (daging burger pun boleh)
Cara-cara:

  • Tumis bawang besar dan bawang  putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk kurma, garam dan gula secukupnya. Biar daging masak dulu.
  • Tutup api.
  • Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.
  • Sediakan roti secukupnya
  • Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.
  • sapu permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper tadi.Buat sehingga habis semua roti
  • Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, ambil satu senduk kecil inti tadi dan letak atas kuali leper
  • Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu,  balikkan roti sekejap. Dah siap. Ulang buat untuk roti yang kedua lak.
  • Letak sos cili, mayonis, sos blackpaper, cheese dan salad kegemaran.

Roti John Cheese utk my twin (xde sos)

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan