Isnin, 21 Disember 2015

Parenting: Hargai Anak Lelaki, Puji Anak Perempuan.....

Ummuzulfa
Diambil dari blog 2uzulfa.blogspot.my (thanks kerana penulisan anda yang hebat)


“Apakan daya, kita ini umpama mentimun, digolek terluka, menggolek juga terluka.” Pepatah yang diturunkan dari  generasi ke generasi  sering menjadi penunjuk aras mereka yang lemah.Kita juga  sering mendengarnya dari mulut kaum wanita.Wanita sering dilihat seumpama mentimun yang sentiasa menanggung akibat  negatif hasil perbuatannya  sendiri atau orang lain. Lihat sahaja kepada gejala sosial yang semakin meruncing dewasa ini.Bila kes zina yang membawa kepada pembuangan anak  meningkat saban hari, maka tentunya kaum wanita  yang terkena impak yang maksimum dari penzinaan tersebut. Manakan tidak, wanitalah  yang hamil dan melahirkan anak luar nikah itu, walaupun zina semestinya memerlukan kedua-dua jantina untuk ia berlaku.Dan bila wanita itu membuang bayinya, maka sudah tentu wanita itu  lebih mudah dibuktikan dan  terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara maksimum  20 tahun di bawah undang-undang jenayah Malaysia .Yang terbukti bersalah, memang sepatutnya dihukum, tidak kira apa jantina sekalipun. Wanita juga menerima kesan negatif  bila kes-kes penderaan domestik berlaku di dalam rumahtangga. Belum lagi dikira dengan penderaan emosi kerana terpaksa berulang-alik ke Mahkamah Syariah untuk menuntut nafkah anak-anak.Cuma bila difikirkan dari sudut yang lain pula, kemana perginya lelaki-lelaki yang menghamilkan wanita-wanita itu? Tidakkah mereka juga  bersalah kerana melakukan zina dan menyumbang kepada pembuangan bayi-bayi malang tersebut? 
Di mana pula suami-suami yang lari daripada tanggungjawab terhadap keluarga malah sanggup pula mencederakan wanita. Kenapakah mereka sanggup berbuat begitu terhadap wanita yang sepatutnya mereka lindungi dan hargai? 

PENDIDIKAN DI DALAM KELUARGA
Tidak dapat tidak, segala yang berlaku ini memaksa kita untuk menyelusuri semula metodologi pendidikan terutama pendidikan di dalam keluarga.Jika ibubapa sering merasa gusar untuk membesarkan anak perempuan, sehingga terciptanya satu pepatah, menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang kerbau, pendidikan anak lelaki pula seringkali  tidak dilakukan secara optimum.Pendidikan anak-anak lelaki , pasti berlainan dengan cara mendidik anak-anak perempuan , kerana mereka berbeza dari segi biologi dan psikologi.
Pendekatan tradisional seringkali  memberikan kelebihan kepada anak lelaki kerana bagi ibu bapa . mereka tidak sesukar untuk dijaga berbanding anak perempuan kerana lelaki lebih berakal dari perempuan yang sering dilabelkan lebih beremosi. Anak lelaki tidak luak apa-apa , itu mungkin yang sering menjadi alasan ibubapa untuk memberi kelonggaran kepada mereka.Sekiranya lelaki menghormati  dan menghargai kaum wanita, maka kes-kes penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi, penderaan emosi dan fizikal  juga isteri yang dibiarkan tanpa nafkah boleh dikurangkan walaupun mungkin  tidak dapat dihapuskan sama sekali.Anak lelaki yang meningkat remaja , dimana perubahan hormon dan pengaruh rakan sebaya yang sangat mencabar, bimbingan ibubapa adalah sangat kritikal. Apa-apa nilai atau tabiat yang terbentuk semasa tempoh ini akan menjadi sebahagian dari diri mereka sehingga dewasa. Ibubapa seharusnya merebut  peluang  di dalam tempoh ini untuk mendidik mereka sebaik mungkin termasuk  menerapkan sifat menghargai wanita.Sekiranya remaja lelaki merasai kehadiran kedua ibubapa di dalam kehidupan mereka ,maka nilai dan sudut pandang ibubapa  akan meresap jauh ke dalam diri remaja.Ini tentunya membantu mereka membuat keputusan yang tepat di dalam banyak perkara termasuk pergaulan berlainan jantina.
PERANAN IBU DAN BAPA
Semasa kecil, ibu mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam kehidupan kanak-kanak lelaki.Ini adalah masa terbaik untuk menerapkan nilai menghormati wanita kepada anak-anak lelaki. Para ibu juga perlu memastikan mereka mendapat penghormatan yang selayaknya dari anak lelaki.Sewajarnya mereka  tidak membiarkan anak lelaki bercakap tanpa rasa hormat , hatta sekecil perkara tidak memberikan fokus kepada percakapan  atau mata memandang ke arah lain. Sejak turun-temurun, anak lelaki selalu terlepas dari menolong membuat kerja-kerja rumah kerana ia dilabel kerja orang perempuan.Ini memberi persepsi bahawa perempuan hanya ditugaskan untuk menerajui kerja-kerja yang tidak penting.Ibu dengan lembut tetapi tegas perlu memastikan semua anaknya tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai tanggungjawab yang sama di dalam menjalankan kerja-kerja di rumah.

Pepatah anak perempuan hanya akan terperap di dapur sahaja tidak terpakai lagi di zaman ini. Ibu juga jangan sekali-kali memberi persepsi kepada anak lelaki bahawa menjadi seorang wanita, ibu dan isteri adalah di posisi yang lemah dan rendah dari kaum lelaki. Para ibu seharusnya merasa bangga menjadi seorang wanita dan ibu dan tidak sekali-kali memperkecilkan kebolehan diri sendiri di hadapan anak lelaki.Ibu dengan segala sifat kasih sayangnya boleh menjelaskan bahawa perempuan dijadikan sebagai pelengkap kepada kehidupan  dan mereka wajar  diberi penghormatan selayaknya , setara dengan kaum lelaki.Bapa pula memainkan peranan yang sama penting (atau lebih penting) untuk menerapkan sifat menghargai kaum wanita di sekeliling anak lelaki meraka. Cara bapa melayan isteri ,anak dan saudara perempuan  akan dilihat , dinilai dan dianalisa oleh anak lelaki . Sekiranya kaum bapa bertindak melulu dengan memarahi atau merendahkan  wanita  maka akan terbitlah kefahaman di benak anak lelaki bahawa perempuan boleh dibuat sesuka hati oleh kaum lelaki.Cara bapa melayani dan berinteraksi dengan ibu mereka adalah satu contoh kritikal untuk membentuk perasaan hormat dan sayangkan wanita.Puji dan hargailah pengorbanan isteri di depan anak-anak.,raikanlah  pendapat isteri dan anak perempuan  secara terbuka  dan tidak melebihkan anak lelaki hanya kerana jantina mereka.Pastikan anak lelaki menghormati  ibu mereka .Bapa boleh mengambil pengajaran dari pepatah ‘the best gift a father can give to their sons is loving their mother”. Persoalan kerja rumah juga tidak harus dipandang remeh oleh para bapa. Elakkan dari memberi pengecualian kepada anak lelaki sekiranya si isteri mengarahkannya untuk menolong kerana ini akan memberi kesan tidak baik kepada anak lelaki.Doktrin kerja rumah hanya untuk perempuan seolah telah dipersetujui oleh si bapa maka anak lelaki pasti tidak mengendahkan suruhan ibunya kelak. Ringkasnya, kedua ibu bapa sepatutnya memainkan peranan secara efektif untuk menerapkan pendidikan keapada anak lelaki terutama di dalam aspek menghormati dan menghargai sesama manusia termasuk wanita.
MANUAL PENDIDIKAN ANAK LELAKI
Persoalan pergaulan berlainan jantina bagi anak lelaki seharusnya dipandang secara serius oleh kedua ibubapa.Ibubapa dengan sifatnya yang saling melengkapi boleh memberi panduan kepada anak lelaki bagaimana untuk bergaul dengan perempuan seawal usia pra remaja lagi.Bagi yang muslim, persoalan muhrim dan tanggungjawab perlu ditekankan sebaik mungkin.Sekiranya ibu bapa merasa gelisah dan cemas melihat anak perempuan mereka keluar rumah dan bergaul bebas, maka perasaan yang sama, (malah sepatutnya lebih lagi)  juga perlu dirasa jika ia berlaku kepada anak lelaki ,kerana tanggungjawab menjadi seorang lelaki adalah lebih berat dibandingkan dengan  perempuan.Komunikasi dua hala di antara ibubapa dan anak lelaki haruslah dijadikan rutin di dalam keluarga.Berbincanglah dengan mereka sekiranya mereka sudah mula berpacaran.Tanyakan isi hati mereka, matlamat mereka mencari pasangan dan nasihatilah mereka dengan cara berhikmah.Pastinya ibu bapa merasa bimbang sekiranya anak perempuan mereka dibawa lelaki keliling bandar, namun perasaan itu juga sepatutnya dikongsi dengan anak lelaki mereka sekiranya mereka pula yang mengusung anak perempuan orang tanpa menghiraukan batasan agama dan budaya.Bagi umat Islam, persoalan akhlak dan jati diri sebagai seorang lelaki perlu di sematkan dihati anak lelaki tanpa kompromi.Batasan dan garis panduan pergaulan lelaki perempuan patut dijadikan perbincangan khusus untuk anak remaja lelaki.Pengaruh rakan sebaya pastinya hebat di waktu remaja , namun sekiranya keluarga sentiasa berada di sisi remaja lelaki maka pengaruh ini boleh dikurangkan.Nilai dan adab yang disemai di dalam keluarga sedari awal lagi boleh menjadi benteng remaja lelaki untuk berpacaran tanpa tujuan.Didiklah anak lelaki dengan memberi mereka tanggungjawab yang sesuai dengan usia mereka.Peringatkan mereka dengan tugasan mereka sebagai pelapis generasi mendatang, pelindung kepada yang lemah dan menghormati kaum berlainan jantina.Terapkanlah perasaan prihatin dan kasih kepada adik-beradik dan saudara perempuan mereka.
Justeru, mereka  boleh menjadi pelindung dan penjaga kepada saudara perempuan mereka.Pasti mereka boleh menegur dan menasihati saudara perempuan  jika mereka melakukan sesuatu di luar batasan agama dan budaya seperti berpakaian tidak menutup aurat,merokok atau berpeleseran.Kesan domino ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan gejala sosial di dalam masyarakat kita.   Contoh terdekat kepada umat Islam yakni Rasulullah saw, perlu dijadikan bahan cerna minda harian kepada anak lelaki. Rasululllah saw, walau berada di tempat tertinggi kepimpinan dengan tanggungjawab yang berat, telah menunjukkan secara praktikal cara untuk menyayangi dan menghargai wanita di sekeliling Baginda. Baginda mengambil peduli dengan segala permasalahan wanita, meraikan pendapat  isteri dan anak Baginda, membantu isterinya di dalam kerja rumah dan pelbagai lagi sifat keprihatinan yang ditunjukkan Baginda.

Kisah Nabi Yusuf yang telah dikisahkan di dalam Al-Quran boleh dijadikan manual wajib pendidikan anak-anak lelaki.Surah Yusuf ayat   23-24 mengisahkan  Nabi Yusuf  telah diajak berzina oleh ibu angkatnya.Walau berhadapan dengan  kesempatan yang terbuka luas,Baginda  telah membuat pilihan untuk menolaknya, malah sanggup dipenjara.Beginilah jati diri dan keimanan remaja lelaki yang ingin kita bina – berani berkata TIDAK walau seluruh dunia menggodanya.Berikan  mereka motivasi  dengan hadis Rasulullah swt  yang mengatakan bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah swt di hari akhirat kelak adalah seorang lelaki yang apabila  diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata,’aku takut kepada Allah”.(Hadis riwayat Bukhari).Sekiranya ibu bapa, keluarga dan masyarakat mula meneroka perspektif  berbeza di dalam pendidikan anak lelaki,  generasi lelaki mendatang pastinya akan lebih berkualiti.Kita ingin melahirkan ramai lelaki seperti kepimpinan tertinggi di Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mengambil langkah proaktif mewujudkan koc  komuter  khas untuk wanita demi menjaga kebajikan wanita tidak kira kaum dan pengangan agama. Minda dan jiwa prihatin seperti inilah yang kita ingin tanamkan di kalangan remaja lelaki hari ini.Semoga tiada lagi lelaki  yang sanggup menyentuh gadis tanpa ikatan yang sah, tiada lagi suami yang sanggup ‘naik tangan’ kepada isteri dan tiada lagi bapa yang melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Allahu'alam

Khamis, 5 November 2015

My TTC Journey: Jangan Berhenti Berharap......(27.11.2005 - 12.03.2014)


Episod Keempat: Ramai yg pm sy btnya ttg usaha sy sblm bjaya hamil, sy rasa xde usaha spesifik sy dan suami utk hamil kali ni cuma semua ini dgn izin Allah....sprt semua telah sedia maklum sy berttc agk lama iaitu 8 thn dan akhirnya doa kami Allah makbulkan....antara usaha2nya adalah seperti berikut:
 
1) selalu bersangka baik dgn Allah & org dsekeliling kita
2) jgn tinggal solat fardhu
3) bangun dtengah mlm utk wat solat sunat sprt tahajud, taubat & hajat
4) solat berjemaah bsama suami skiranya bkesempatan
5) slps solat asar, doa bersungguh2 krn inshaallah Allah akn mkbulkn doa kita waktu itu
6) bdoa ktika hujan turun lg2 masa guruh @ kilat
7) bila ada org yg pregnnt dsekeliling kita, niat dlm ati Ya Allah izinkan aku menikmati nikmat yg Engkau berikan pd hambaMu itu suatu arinnti
8) bbuat baik pd kuarga mertua walaupun kkdg ati kita sakit
9) Slps solat bjemaah ini doa yg suami sy utk kami "Baca al fatihah, selawat, Ya Allah engkau ampunkn dosaku dosa isteriku, kedua ibubapaku, kuargaku, guru2ku, sahabatku serta umat islam dmuka bumi ini. Ya Allah kami memohon kpdmu engkau kurniakanla pd kami zuriat sprtmna engkau kurniakan pd nabi zakaria a.s, engkau berikanlah kpd kami sifat sabar sprtmna engkau kurniakan kpd nabi ayub a.s. Murahknla rezeki kami Ya Allah, permudahkanlah urusan kerjaya kami..... Lindungilah kami drpd perbuatan khianat manusia serta gangguan makhluk alus, sihir, ilmu itam dan gangguan jin & syaitan. Permudahknla urusan kami ddunia dan diakhirat. Rabbana atina fidunia hassanah......."
10) sentiasa bfikiran positif
11) bnyk mmbaca buku2 motivasi @ agama
12) keluarkanlah sedekah semampunya
13) bgembira dgn kehidupan yg ada
14) berbuat baik pd org yg sdg mgndung, walaupun kkdg cemburu sbb yg pastinya doa org yg sdg mgndung makbul
15) jgn terlalu taksub pd sesuatu produk @ rawatan krn apa yg blaku semuanya dgn izin Allah 16) ini pulak doa sy acapkali solat fardhu @ solat sunat secara ringkas " Ya Allah, bentangkanka rahimku ini utk menerima benih dr suamiku, cantikkanla rahimku ini Ya Allah.....Ya Allah izinkn aku merasa nikmat sprtmna nikmat yg tlh Engkau berikan pd hambaMu yg terdahulu @ tkemudiaan. Ya Allah, seandainya nikmat ini milik aku akn aku didik amanahMu ini sbaik mgkn....moga mjd saham akhirat yg tbaik utk kami"
17) bila smpai d opis waktu pg pkara ptama yg sy akn buat adalah mbaca surah alfatihah, ayat kursi dan surah yassin
18) sentiasa muhasabah diri
19) berzikir
20) Percaya jnji Allah itu pasti.
 
         Itu antara usaha sy yg sy amalkn, nmpk mcm apa la sgt jika dbandingkn bila kita mgamalkn sesuatu produk atau kita mjalani sesuatu rawatan tp bg sy asasnya kita kena kembali pd Allah krn apa yg berlaku pd diri kita perlu dgn izin Allah. Tipula kalo sy xpnh mgamalkn produk2 @ berurut tp bg sy tiada kesan khusus yg sy perolehi, sy xmahu kawan2 taksub bila sy katakan sy mgamalkn produk A dan jupe tukang urut sipulanah bte sipulan utk pregnnt. Mgkn ramai yg beranggapan sy pregnnt krn makan produk itu ini @ berurut sana sini. Xsalah kita cuba produk itu @ berurut sana sini krn bg sy itu sbg satu usaha kita. Apa2pn yg pnting smua tu perlu dgn izin Allah. Kalo nk senaraikan produk yg pernah sy makan dan tukang urut yg pernah sy berurut jenuh nnti......sy xnk amik kesempatan utk melariskan sesuatu produk @ mempopularkan mana2 tukang urut krn bg sy itu bkn tindakkan yg bagus, krn sy juga sprt kwn2 yg lain bila org kata dia pregnnt sbb produk A, sy akan beli produk A walaupun arganya agak mahal. Tp hasilnya xmemuaskan. Begitu juga tukang urut, bila kawan2 suggest dia pregnnt sbb mgurut dgn kakak A, kita ni sanggup dtg dr jauh utk mgurut tp hasilnya xsprt yg kita harapkan......sy xnk apa yg tjd pd diri sy blaku pd kwn2 sy dsini, krn sy pernah ada dtmpt anda semua. Cukupla sy katakan bila smpai masanya, inshaallah Allah akn beri nikmat ini pd siapa yg dikehendaki. Isu pantang makan xde dlm istillah kamus hidup sy sejak tahun 2011 utk makluman semua sy anya tdk makan daging merah + minum air soya krn endo. Selebihnya sy makan xkirala fast food, fozen food, maggi dsb.....bg sy slg sy tdk mgmbil ianya keterlaluan, yg pstinya jgn mghukum makanan! Sblm sy tlupa selalula memohon maaf pd suami dan minta suami mdoakn yg tbaik utk kita krn doa suami itu makbul utk seorang isteri.
 
Akhirnya Buku Ini Milikku....
Rasanya ini saja yg mampu sy kongsikan.....apa2pn kita kena bersederhana dlm sgala hal.....enjoy dgn kehidupan anda arini, sekiranya arini kita diuji nescaya kita lbh mghargai nikmat yg Allah beri pd kita lpsni.....arini kita diuji bila Allah melewatkan rezeki anak, hadirnya anak itu juga bersama ujian....kalo kita xmmpu nk adapi ujian tika Allah melewatkan rezeki anak, bagaimana kita nk berdepan dgn ujian bila anak itu milik kita.....apa2pn, syukur krn kita sedang dan pernah diuji! Jgn berhenti berusaha, bdoa, bertwakal, berangan2 dan bharap....suatu arinnti anda akan merasa nikmat Allah yg satu ini...

 

 
Adik Beradik Perempuan Saya bersama Bonda Tercinta

Rabu, 4 November 2015

My TTC Journey : Ketabahan Yang Membuat Saya Kuat.....

 


Episod Ketiga: Ramai yg sudah berteka teki apa kesudahan cite sy ni, xpele anda berhak berteka teki.....6 bln slps operation kali k2 sy drefer ke Clinic MAC HUKM utk mdpt khidmat pakar apa yg perlu sy lakukan. Tp pd dasarnya sy dah tahu Dr akn mnasihatkan sy utk melakukan ivf! Kerana itu jln terakhir bg sy. Pg2 sy dan suami telah smpai ke Clinic MAC HUKM utk bjupe Prof Dr Zainol. Sesampainya sy dsana sy rasa asing, ntahla jiwa sy rasa kosong.
Setelah mnanti selama 2 jam akhirnya tibala giliran sy utk bjupe Prof, berdebar2 ni....suami sy genggam jari jemari sy dan ucapan i love u xlekang dr mulut suami sy, sy lajukn lngkah kaki ni....kini ddepan kami adalah pakar yg selalu dsebut2 oleh kwn2 sy, ramai kwn sy yg tlh bjya hamil melalui kpakaran beliau dgn izin Allah. Beliau membelek2 rekod perubatan sy dan btnya u all dah bsedia utk wat ivf! Sy dah agak dah, tp sy cuba tenangkn diri sy....suami sy btnya pd Prof adakah itu jln terakhir utk kami? Ya, Prof mjawab dgn penuh yakin.....u xleh buang masa, i takut endometriosis u ada balik ni, lgpn u dah 2 kali operate....dtmbhpula satu tiub u tersumbat, so xde cara lain selain u wat ivf. Kos yg perlu kami sediakan dlm lingkungn RM13,000-RM15,000.
Satu ayat ni yg sy rasa ianya tmparan hebat bg kami apabila Prof kata, u xleh pregnnt secara semulajadi melainkn ivf! Ya Allah hanya Allah sja yg tahu apa yg sy rasa, bygkn sy xde harapan pregnnt selain ivf. Slps kluar dr bilik Prof, suami sy tnya pd sy adakah sy dah bsedia utk wat ivf dgn kos semahal itu? Spnjng jln balik k rumah anya airmata saja peneman sy, ttiba suami sy bsuara ayg, B tahu ayg tkejut dgn statement Prof td tp ayg kena kuat....B xkisah kalo ayg wat kputusan nk wat Ivf, B akn sokong, duit kita boleh cari...tp B kalo bjaya ok, kalo gagal mcmana? Belasan ribu bkn kos yg sikit B, peratus kejayaan pun xtinggi! B nk amik risiko ker? Mmg kita leh cari duit tp mampu kita mgawal emosi kita tatkala duka myebelahi kita? Suami terdiam, dan akhirnya ini yg kuar dr mulut sy xpele B seandainya itu takdir Ayg, Ayg redha! Kegagalan 2 kali iui buat ayg serik. Ttiba suami mjawab xpele ayg, B akn sntiasa ada dcc ayg, biar kita lalui bsama....seandainya ini takdir kita.
Akhirnya sy dan suami mgmbil kputusan utk tdk melakukan ivf! Bermulala perjalanan hidup sy bgelar ttcian tegar, sy bnekad sy xkn jupe gynea dlm apa juga keadaan, katakn tidak pd rawatan pakar dan katakn tidak pd scan2.....sy melalui ari2 sy dgn gembira, pantang kwn2@sedara mara suggest tmpt org pandai berubat pasti sy dan suami akn smpai, itu blum produk....bmcm2 produk sy tlh cuba tp tnyata rezeki masih belum bpihak pd kami. Sy akur, krn Allah masih mahu mguji kami, acapkali ke kedai buku pasti buku2 motivasi yg sy beli. Sy bnekad dlm diri sy, sy kena kuat!
Duit jgn ckpla mgalir mcm air tp xpele demi Amanah Allah sy sanggup. Mcm2 petua sy dan suami amalkan, org kata g minum air Tasik Dayang Bunting, sy dan suami minum, org kata cari madu putih langkawi, kami cari.....bygkn satu semenanjung kami jelajahi hanya utk berubat! Ternyata rezeki itu belum milik kami. Mgkn kami dah cuba bnyk cara tp satu ini yg masih belum kami cuba adalah mghadirkn diri ke Mekah mnunaikan umrah. Acapkali lps solat itula doa kami agr Allah permudahkan urusan kami ke sana.
Tp mmg tidak dnafikan dsaat Allah melewatkan rezeki anak, Allah mempercepatkan rezeki lain. Alhmdulillah....akhirnya bln Mei 2013, suami sy bjaya menamatkan pengajian beliau dlm Ijazah Doktor Falsafah Sains Kimia ini bmkna tahun ni suami sy akn konvo! Inila saat yg sy nantikan, berita ini pengubat derita kami selama ini....terasa tungkus lumus suami terbayar! Sy la org paling bangga, almaklumla sy org paling hampir dgn beliau.....ayat ptama yg kuar dr mulut suami sy, kalo kita ada anak, pasti dia bangga dgn kejayaan sy, airmata ini mgalir laju....
Ya Allah dlm diam suamiku memendam rasa utk bgelar ayah....walaupun selama ini mulut beliau bkata xpele tp hati beliau. Sy seraya berseloroh, B doa kuat sikitla....sbb doa suami makbul utk isterinya.....ttiba suami sy memeluk sy, sorry ayg B xbniat nk lukakan ati ayg....xpele B ayg faham perasaan B, inshaAllah suatu ari nnti pasti Allah beri rezeki itu utk kita....sy perlu jd isteri yg kuat! Dikalangan kwn sekerja, sy mmg sgt positif ttg isu anak.....bila kwn baik sy pregnnt, sy scara automatik btukar mjd kwn yg pling perihatin, tipula kalo xde rasa cemburu tp sy rasa itu bkn jln tbaik mcemburui nikmat org lain. Sehinggala ramai kwn2 sy nmpk ttg kesungguhan sy utk mmiliki Amanah Allah yg satu ini....Pd bulan puasa tempohari sy mgalami demam yg sgt teruk tp seingat sy masa tu sy baru jer lepas period, dan baru skali bersma dgn suami xmgkn sy mgndung! Bygkn sy lngsung xboleh bau makan. Sehinggala 3 syawal sy masih belum sihat. Suami siap bawa sy ke klinik krn demam sy xkebah....Dr mberi sy ubat, sprt biasala sy mkn ubat, akhirnya demam sy elok. Seminggu d umah kuarga mertua dan sminggu d umah emak sy sndiri spnjng ari raya. Sy mmg xpnh tlintas ttg pregnnt!
Mana mgkn selama btahun kwin sy xpnh pregnnt. Balik dr bcuti raya, sprt biasa sy mannti khadiran period sy, ini krn cycle period sy pendek iaitu 25 ari setiap kali cycle. Tp kali ni tsangat pelik, bila period sy xdtg pd waktu yg spatutnya. Cycle ke 28 sy ckp dlm diri sy kalo seandainya dlm rahim ku ini ada amanahMu Engkau tunjukkanla, kalo xde Engkau hadirkanla period utkku. Sprt kebiasaannya sy akn bangun jam 4 pg utk wat solat sunat tp kali ni berbeza, sy nekad utk buat upt pg ni.
Waktu ni suami sy outstation. Sy tdk meletakkan harapan yg tinggi krn sy dah biasa kecewa. Akhirnya semua tlh tjawab upt naik double line dgn terang.


Hanya Allah saja yang tahu apa yg sy rasa
 



Ya Allah apakah ini realiti ataupun cuma khayalanku...sy terus mgerjakan solat sunat sprt biasa....dlm ati ni anya Allah saja yg tahu, nk kata suka mmg suka tp sy masih tdk mmpercayai. Bygkn 8 tahun sy mnanti, ttiba amanah ini adir tnpa kami duga.....Akhirnya sy dan suami mmberanikan diri ke klinik utk mdptkn kpastian, Dr mgesahkn sy mgndung kalo ikutkn sy mgndung dah 5 minggu, tp tnyata kami masih blum puas dgn knyataan Dr....almklumla ttiba ada janin dlm rahim sy.

Masuk minggu k6 kami ke klinik pakar wanita dgn tujuan utk scan, adakah benar dlm rahim sy ni ada janin. Akhirnya Dr scan perut sy, kami agk teruja bila Dr mgatakan u mmg pregnnt, and u bkn pregnnt sorang tp dua! Maksudnya dlm rahim sy ada dua nyawa....Dr beri sy dgr jantung baby, tnyata degupan tu kuat....Ya Allah, hanya Allah saja yg tahu perasaan kami saat itu, suami sy mnitis airmata. Almklumla kami tdk mjngka rezeki kami sehebat ini. Sekembalinya kami ke opis, suami sy menelefon sy dan mgatakan beliau akn konvo pd 26.10.13, berita itu mgmbirakn ati sy dan aritu juga suami sy dpt surat kenaikan pangkat gred 52....tnyata Allah mmberi kami rezeki bganda2....alhmdulillah!




Tahniah My Syurga....





Tercapai gak niat My Syurga bergelar seorang Doktor walaupun bkn Doktor Perubatan
 




Mata merah sebab terlalu sebak....
Bygkn 8 tahun mnnti Allah hadirkan Amanah ini tnpa dduga....Arini genap 8 tahun usia pkahwinan kami, Allah hadiahkn kami hadiah yg paling bmkna....alhmdulillah sy sdg mgndung 18 minggu......doakan sy selamat sampai ke destinasinya, pnjng lg pjalanan ini! Sy mengharapkan agar Allah permudahkan urusan kehamilan sy, kelahirannya, penyusuannya, pembesarannya dan pendidikannya....utk episod terakhir ni, sy akn bg tips2 yg kami lakukan antara sy sedar atau tidak berserta doa yg suami sy sering baca tika kami bsolat jemaah....inshaallah moga pkongsian sekecil ini mmpu mjd titik tolak semangat kwn2 sy dsini....
maaf pd yg merasakan apalah sgt usaha sy jika dbndingkn dgn org lain...tp niat sy baik, bkn utk mnunjuk2....ini sbg satu semangat buat kwn2 sy dsini....

 

My TTC Journey: Pengorbanan Yang Memerlukan Ketabahan......

Episod Kedua: Sy melakukan operation endometriosis yg ptama pd tahun 2008, doc anya tebuk2 saja. Pengalaman ptama mlalui operation ni buat sy tsedar rupa2nya khidupan ini tdk smudah yg dsngka. Slps operation ptama sy bpantang sndiri dgn bantuan rakan2 fb senasib dan fb Dr Hamid Arshad, tnyata sy kuat utk adapinya.
 
Slps operation Dr mencadangkan sy mgmbil 6 kali suntikan zoladex utk mmberhentikan period bg mhalang endo sy berulang. Dlm pd masa yg sama, sy sgt mjaga mkn minum sy, sy anya mkn bahan2 organik....bygkn btapa sy perlu mgeluarkan blnja yg agk besar utk kehidupan seharian. Tp bg sy duit bole cari, sy xmau lg d bedah. Sy bpntng makanan segera xkirala nugget ker, maggi ker, fass food ker, sy xmkn ikan yg bmula dgn huruf T sprt tongkol dll, sardine, milo, chocolate, telur, perasa dlm masakan, kek, makann dlm tin, jeruk, minuman bkaffein, minuman bgas, junk food, daging, ayam, seafood....kalo terasa nk mkn ayam sy beli ayam organik @ ayam kg....cuba bygkn khidupan sy, tp sy nekad demi amanah Allah sy sanggup.
 
Sy dcadangkn oleh kwn2 sy utk mcuba mgmbil biodex krn ramai yg tlh bjaya, ati sy bbunga tp arga utk set biodex tsangat mahal utk sebulan....sy dan suami mgikuti seminar biodex, smakinla bbunga ati sy....set permulaan sy beli dgn arga RM600 lbh anya utk 20 ari saja maksudnya dlm sebulan sy perlu mgmbil 2 set biodex, Mengigil rasanya nk kuarkan duit. Sy pejamkn mata, mna tahu hasilnya berbaloi2....setelah 3 bln mgmbil set biodex mmg hasilnya bbaloi2....endometriosis sy tumbuh bgai juara, aduhai sakit kepala sy bila Dr mencadangkan utk sy mjalani operation skali lg...sungguh ujian ini milik sy, Dr yg biasa merawat sy kata u kena operate ni endometriosis u dah besar sgt ni.....i takut kalo endo u pecah u lg susah. I bg u surat refer hospital. U pilih hospital mana u nk operate. Aduhai, bygkn sy dahla bpantang mkn itu ini, mkn lg produk biodex yg mahal ttiba Dr sahkn sy ada endometriosis balik. Rasa jantung ni nk tercabut. Sepanjang mlm sy menangis, mmikirkan apa kesudahan cite sy, adakah sy perlu terus2an di operate krn endometriosis.
 
Hanya pd Allah saja sy mgadu, akhir sy nekad utk mjalani second operation di HUKM krn sy pcaya kepakaran Dr dsana lgpn suami sy juga produk UKM. Bermula episod sedih sy, bila sy perlu bjumpa pakar di HUKM. Setelah berulang alik ke HUKM Dr memberi tarikh utk sy mjalani operation. Bygkn sy perlu menadah perut sy skali lg utk dibelah. Tanggal 11.04.2011 dmasukkn k hospital utk kali k2, bkn utk bsalin tp utk dbedah.
 
Sy dtempatkan di wad bersalin, bygkn mlm dan ari2 sy dkelilingi dgn tangisan bayi dan ibu2 mgndung. Hanya zikir dan yassin mjd peneman sy. Akhirnya sy dbedah utk kali ke2. Pembedahan sy mengambil masa yg agk lama pd mulanya Dr mencadangkan utk sy dtebuk2 tnpa perut sy dbelah tp Dr beritahu sy kalo masalah x ok, jugak, Dr akn belah. Masa tu sy redha, suamila pnguat semangat sy. Hanya Allah saja yg tahu. Sy mmg xizinkn kuarga sy dtg, krn sy akn btmbh sedih. Almaklumla arapan emak sy sgt tinggi krn beliau teringin nk cucu dr anak perempuan, ini kerana dua kakak sy masih belum juga dkurniakan zuriat walaupun tlh bkahwin bpuluh tahun. Ternyata impian emak sy, ada dbahu sy...tp bagaimana sy nk bg emak sy cucu sdgkn sy acapkali disahkn ada endometriosis.
 
 
Huhuhu akhirnya sy dioperation, Dr tebuk2 dan belah perut. Dr kata rahim sy terbalik, dan Dr buat skali. Bygkn org lain kuar bilik operation dgn baby, sy kuar bilik operation dgn apa? Aduhai, slps berapa jam sy kembali semula ke wad bersalin. Sy minta suami sy air zam2, sy minum air zam2....alhmdulillah tenaga sy pulih sepenuhnya. Mlm tu sy dah boleh pergi toilet sendiri, suami sy kata semangat sy kuat. Dia bangga dgn sy, tnyata sy perlu kuatkn semngt. Sy xsanggup nk susahkan suami sy lg. Dahla sy belum mampu beri dia zuriat. Slps operation Dr mencadangkn sy utk melakukan ivf, krn tiub sy tersumbat sebelah. Aduhai, ingt masalah sy dah selesai rupanya tidak...erm sy perlu menempuhi satu lg episod dlm idup sy, iaitu ivf! Oo tidak....stlh bberapa ari dhospital sy dbenarkn kluar, sy masih bpantang sndiri. Kali ni sy bpntng sprt org lps bsalin pakai stokin, berpilis, berparam, bertungku....sy dberi mc selama 1bln lbh dah rasa cam bpntng bersalin lak! Sy perlu mgmbil 6 kali suntikan lucrin utk mmbhntikn period sy dan slps itu sy akan drujuk pd pakar iaitu Prof Dr Zainol. Nantikan episod kemuncak, apa yg Prof suggest pd sy dan bagaimana sy mghadapinya....sy xsekuat mana tp demi amanah Allah, sy jd sekuat ini (kwn2 jgn risau xbnyk ag episod mgkn ada satu @ dua saja lg)....niat sy adalah utk bkongsi....

Rabu, 21 Oktober 2015

My TTC Journey: Segalanya Bermula Disini......


Episod Pertama: Saya berkahwin agak awal tika usia saya menginjak 24 tahun dan umur suami 25 tahun, iaitu pd 27.11.05....alhmdulillah Allah mngurniakan jodoh saya secepat ini....tahun pertama hingga tahun ketiga saya dan suami langsung tidak memikirkan soal anak, almklumla baru nak membina kerjaya...klinik gov dulu tidak seperti klinik gov sekarang, dulu kalo dah kahwin 3 tahun baru boleh dpt khidmat pakar gynea.....xpele, shinggala pd tahun 2008 saya mndpt khidmat pakar di LPPKN (Dr Hamizah). Beliau merupakan kenalan suami saya, saya melalui pelbagai proses seperti biasa sehinggala Dr decide untuk kami membuat rawatan kesuburan iaitu iui. Rupa-rupanya proses iui itu tidak semudah yang disangka tapi demi amanah Allah saya sanggup, suami saya menitis airmata acapkali saya perlu mencucuk perut saya sndiri. Hanya Allah saja yg tahu masa tu tapi ianya tidak mematahkan semangat saya. Telur saya sangat cantik dan besar, Dr kata peratus untuk saya pregnant tinggi, wah makin berbunga-bunga lah bila Doktor memberi harapan sebegitu.

Akhirnya saya melalui proses iui dengan harapan yang sangat tinggi, selepas dari itu saya sangat menjaga....sehinggalah suatu hari period saya datang, hanya Allah saja yang tahu...seharian saya berkurung dibilik, tak makan, tak minum.....jiwa saya terganggu, emosi saya memberontak! Suami saya cuba menenangkan saya tapi saya langsung tak endahkan, jiwa saya sakit....kenapa saya tidak mengandung sedangkan masa proses iui saya diberi harapan yang tinggi. Suami saya kata ayg ingat Allah, Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Saya cakap dengan suami, Allah saya kita ker? Kalo Allah sayang kita Allah tidak akan uji kita seperti ni....suami saya cakap baik ayg ckp camni, kita org islam kena percaya pada qada dan qadar...jgn kerana kegagalan ini ayg nk salahkan Allah, tergamam saya bila suami cakap camtu, selepas dari kejadian itu barulah saya sedar inilah yang dinamakan qada dan qadar Allah....

Selepas kegagalan pertama, saya tak serik utk wat iui utk kali kedua dengan nekad seandainya ni takdir pjalanan yg perlu saya lalui, saya akan lalui....tapi kali ni agak berbeza bila Dr mgesahkan saya ada endometriosis. Hanya Allah saya yang tahu perasaan saya tika dan saat itu, tp Dr kata orang yg ada endometriosis pun boleh hamil, so kami melakukan proses iui utk kali k2, kali ni saya tidak meletakkan arapan yang tinggi apatah ag bila saya tahu diri saya ada endometriosis. Ternyata rezeki ini bukan milik kami lagi....saya akur dengan ketentuan Allah! Akhir tahun 2008, saya ke klinik swasta utk scan tahap endometriosis saya. Dr mberi cadangan pd saya utk melakukan operation kerana endometriosis saya smakin mmbesar bgaikan juara....aniversery k3 saya menyambutnya di wad gynea Hospital Selayang....tunggu erk, saya akan sambung cite ini secepat mgkn..... inshaallah kalo diizinkn……
 
 

Ahad, 4 Oktober 2015

Airtangan: Resepi Bihun Bakso

BIHUN BAKSO

Sup

3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah biji *
1 batang serai diketuk
1 sudu besar pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam

Cara-cara
Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air dan pati daging, serbuk lada sulah dan garam.

Bebola Daging

400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam


Cara-Cara
Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan

Untuk Hidangan

Bihun yang telah direbus
Kobis dihiris halus
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng

Atur bihun, kobis dan bebola di dalam mangkuk. Tuang sup bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

 

Selasa, 29 September 2015

My TTC Journey: "Janji Allah Itu Pasti"

Siapa saya hari ini bermula daripada perjalanan kehidupan saya yang lalu….Berttc mengajar saya menjadi wanita yang kuat dan tabah dalam mengharungi liku2 kehidupan. Bagi saya secara peribadi bukan mudah bergelar ttcian, hanya Allah saja yang tahu apa yang saya dan suami lalui.

Bukan jangkamasa yang singkat, 8 tahun saya bergelumang dengan perasaan sendiri, emosi, persepsi keluarga dan persepsi orang disekeliling tentang saya dan suami. Apa yang saya dan suami pegang adalah percaya pada rezeki, kerana rezeki itu datangNya dari Allah….Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang, berusaha, berdoa, bertawakal dan selebihnya redha dengan ketentuanNya….secara peribadi saya yakin ”Janji Allah Itu Pasti”

8 tahun mengajar saya menjadi seorang wanita dan isteri yang sangat kuat dari segi fizikal, emosi dan mental. Airmata adalah peneman setia saya acapkali rasa itu hadir. Rasa yang tidak perlu saya tipu…. keinginan untuk merasa ada nyawa di dalam perut, keinginan untuk melahirkan, keinginan bergelar seorang mama sangat tinggi, siapa yang kahwin tidak mahu rasa itu….tapi apakan daya rezeki itu masih belum menjadi milik kami.

Secara peribadinya tiada istilah mengalah atau berputus asa, perjuangan perlu kami teruskan, saya tidak mahu terus membuang masa dan menoleh kebelakangan lagi….pencaturan demi pencaturan perlu saya lakukan demi “AMANAH ALLAH’ . Saya tidak punya banyak masa, saya tidak mahu mulut-mulut orang diluar sana membuat emosi saya terganggu. Bagi saya orang tidak akan menyalahkan suami saya dalam hal ini, kesalahan itu pasti akan terus tertunding pada diri saya. Inilah nasib seorang wanita seperti saya.

Biarapapun ujian yang mendatang bagi saya nasib tidak perlu diratapi, nasib tidak perlu dikesali, nasib tidak perlu ditangisi tapi nasib perlu diubah….tiada siapa yang mampu mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri.

Bina kekuatan dalaman, pupuk emosi, pujuk perasaan, didik mental….inshaAllah kita akan diberi kekuatan luar biasa dari Allah s.w.t….Ingat kebergantungan kita hanya padaNya…

Selepas ini saya akan mula menulis rentetan perjalanan ttc saya….suka, duka, tangis, tawa, senyum, sakit, pengorbanan akan tercatat dalam rentetan ini…..moga ianya sedikit sebanyak mampu menjadi penguat pada wanita yang senasib dengan saya…..inshaAllah

Isnin, 28 September 2015

Diari Perjalanan Sebuah Kehidupan




Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya cita-cita dan angan-angan saya untuk membuat blog ini tercapai juga. Banyak perkongsian yang ingin saya kongsikan disini bermula sebagai seorang anak, isteri, menantu, kawan, mama dan pekerja……..perjalanan ini tidak semudah seperti yang kita jangka dan rancang…..perjalanan sebagai ttcian tegar membuat saya belajar erti mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan pada saya dan suami…..bermulalah My TTC Journey yang agak lama (8 tahun) dan My Pregnancy Twin Journey (32 minggu)……bila mana Allah kurniakan saya dan suami Amanah Allah yang diharap2kan, bermula perjalanan saya sebagai mama kepada anak kembar dan perjalanan saya sebagai mama yang menyusukan….bermulalah My Breastfeeding Journey….
Saya bukan ingin dikagumi tapi saya ingin berkongsi rasa, harapan, kegembiraan, kesedihan, kelukaan dan kekuatan dalam menempuhi perjalanan ini…..Perjalanan ini berliku, perjalanan ini punya cabaran, perjalanan ini juga punya rintangan….hanya insan yang pernah melaluinya saja yang memahami apa yang kita alami dan lalui…..mensyukuri ujian itu adalah lebih baik daripada meratapinya….
“Allah tidak akan menguji hambaNya, melebihi kemampuannya”