Selasa, 15 Mac 2016

Jadual Menu (14-25.03.2016)

Bila weekend jer kepala dok pening nak fikir beli bahan basah untuk wat stok seminggu atau lebih, almaklumla ari2 biasa tak mampu nak ke pasar beli bahan basah sebab kerja, nak beli kat Giant or wat ever biasanya bahan basah ni kurang segar berbanding pasar basah biasa...so, amik keputusan seminggu sekali atau dua minggu sekali g pasar....sebelum g pasar biasanya saya akan sediakan jadual menu untuk twin dan kami sekeluarga....
Apabila ke pasar saya dah ada rujukan, contoh nak beli ayam berapa ekor untuk berapa kali masak....memandangkan twin lebih suka ayam, kena beli ayam lebih dan menu mesti banyak kepada ayam.....selalunya ayam beli kat Azzain sebab ayam organic tapi kekadang tu kalo tak sempat g Azzain belasah jela....hihihi tapi selalunya cuba gak untuk ke sana....(memberi yang terbaik untuk yg kita sayang)
 Inilah menu kami sekeluarga dari 14 Mac 2016 hingga 25 Mac 2016....Moga saya terus istiqomah untuk memasak....lagipun ok sebab saya dan suami leh bawak bekal g opis.....xyah pening nak makan apa kat opis......
yela dah alang2 masak biar masak lebih.....konsep saya "airtangan mama untuk anak tersayang & airtangan isteri untuk suami tercinta....." biar jauhmana pun mereka terbang, pasti mereka akan merindui airtangan saya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan