Selasa, 17 Mei 2016

Celebration: Happy Mother's Day 2016


Tahun ni tahun ke3 bergelar seorang mama….ianya umpama bermimpi disiang hari. Doa, angan2, usaha dan tawakal akhirnya Allah kurniakan nikmat ini…..hadirnya Amanah Allah ini merubah keseluruhan hidup saya sebagai seorang wanita…..dulu saya hanya fikir diri sendiri, suami, keluarga sendiri & keluarga mertua….sekarang ni keutamaan saya pada mereka berdua…..
Muhammad Qayl Zhafran Musa dan Muhammad Qayl Zhafry Ismail, hadirmu menyerikan hidup kami berdua.....mengajar mama erti sabar dan erti sebuah pengorbanan.....untuk suami tercinta terima kasih di atas ucapan yang diberi moga dirimu mampu menjadi pendamping setiaku dalam membesarkan Amanah Allah ini.....Aamiin....

Ahad, 8 Mei 2016

WeekenD: Perasmian Sukaneka Tabika & TAKIPP FRIM


Hari Sabtu (07.05.2016) yang lepas, en suami ajak kami ke FRIM sebab beliau akan merasmikan Hari Sukaneka Tabika & TAKIPP FRIM. Kalo ikutkan malas nak pergi tapi En Suami beria nak bawak twin, tu yang gagahkan juga…yela kami sebenarnya nak try bagi twin bersosial, biar mereka tahu bahawa kat luar sana ramai lagi kekawan sebaya mereka……Seperti biasa twin ni sangat mudah diuruskan, bangun pun awal pagi siap2 mandi kami pun berangkat ke FRIM…..My twin tahu bila weekend jer kami suami isteri akan bahawa depa keluar tak kiralah bersiar-siar or pegi makan…janji keluar rumah, yela lagipun kami fikir depa dah dok 5 hari kat rumah sepanjang kami b2 pergi berkerja.

Sambut Hari Ibu
 
Hebat hadiah brand tupperware
Bersiap sedia untuk pembacaan ikrar

Ucapan Perasmian Sukaneka Tabika & TAKIPP

Penyampaian Hadiah

2nd twin setia menemani papa


2nd twin beria takut papa hilang

Acara tanggalkan baju baby - TAKIPP

Comelnya anak-anak TAKIPP


Kami tidak tunggu sampai acara habis sebab en suami ada kerja yang perlu diselesaikan. Bagi kami apa yang penting adalah sedikit masa yang ada diluangkan bersama My Twin….