Selasa, 5 April 2016

Airtangan: Pulut Mangga


Pagi ni terajin lak wat Pulut Mangga, alasannya sebab ada orang kat opis dok sebut2 nak makan Pulut Mangga….hihihi apa lagi, buatkanlah…..almaklumla bukan susah mana pun, cuma tanya En Google jer apa resepi dan bagaimana nak wat Pulut Mangga….hahaha sebab sebenarnya tak pernah buat, selalu makan kat kedai jer….ni try n error xtau la sedap ker tidak….yg penting niat, nak bagi orang makan tu ikhlas…..hihihi tu semalam balik keje terus g Giant, cari manga....tapi xtaula mangga tu manis ke masam...main beli jer, kalo mangga tu masam sorry la....ini resepinya yang diolah mengikut citarasa saya....

 
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut - rendam 1-2jam @ semalaman
  • 2 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3-4 sudu makan gula perang/gula putih
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • daun pandan
  • mangga - kupas dan hiris
Cara-cara
  • Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak.
  • Masukkan 1/4 cwn santan yg telah digaul dengan garam. Masukkan skali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak.
  • Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula perang (kemanisan ikut selera masing2). Masak hingga mendidih. Masukkan tepung jagung utk kuah yg agak pekat.
  • Utk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
  • Siap untuk dinikmati.
 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan