Khamis, 17 Mac 2016

AirTangan: Bubur Merah Bubur Putih

Dari semalam dok terfikir nak buat Bubur Merah Bubur Putih, almaklumla masa besday twin aritu xsempat nak buat lagipun kalo buat beria pun bukan ada orang nak makan....penat masak andthen tong sampah yang makan, jadi terfikirla apakata masak Bubur Merah Bubur Putih ni andthen bawak g opis....simbolik Bubur Merah Bubur Putih ni bagi orang Johor adalah lambang tradisi masyarakat melayu, terutama mereka yang berketurunan jawa (macam saya) sebagai tanda kesyukuran dan kesempurnaan pada sesuatu peristiwa baik.
 
Bubur Merah Bubur Putih ni dibuat daripada beras pulut dan santan yang diolah menjadi satu manisan. Rasa bubur ni sangat unik Bubur Merah tu rasa lemak2 manis (campuran gula merah + gula Melaka), manakala Bubur Putih tu rasa lemak2 santan (campuran sedikit garam).  

Bila balik keje tu bersungguh ajak suami g Giant untuk beli bahan2 untuk buat bubur ni, sampai Giant terus beli bahan2 yang terfikir di kepala otak  ni....malas nak tulis sebab confirm nanti kertas tu letak kat mana2...
Balik jer rumah twin baru bangun tido, sambil melayan twin sambil2 tu gak timbang beras pulut tu, cuci dan toskan dulu....sebenarnya xtahu nak buat berapa banyak sebab bubur ni xsemua orang tahu, takut orang xmakan jer....tapi cekalkan hati, dan niat buat bubur ni sebab tanda syukur twin dah 2 tahun. Yang penting niat kita, andthen cakap dalam diri kalo saya xteruskan tradisi ni sapa lagi takut esok anak cucu xtahu tentang kewujudan bubur ni lagi2 suami bukan orang Johor......
So, inilah resepi yang saya ikut semasa memasak Bubur Merah Bubur Putih ni dan ditambah dengan airtangan saya berserta kasih sayang....thnks pada
empunya resepi tiffinbiru.com....biarpun saya orang Johor tapi saya tidak diajar secara bertulis oleh emak saya...nasib baik zaman sekarang ada en Google....
 
RESEPI BUBUR MERAH BUBUR PUTIH
daripada: tiffinbiru.com dan diubahsuai mengikut citarasa diri sendiri
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram pulut susu, cuci dan rendam sekejap (anggara 30 minit)
5 cawan air
2 kotak santan
3 helai daun pandan
4 - 5 camca besar gula merah*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
2 - 3 camca besar gula Melaka (bergantung pada tahap kemanisan)
Garam secukup rasa
Air jika perlu
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam periuk bersama2 air dan daun pandan, Masak dengan api kecil hingga pulut kembang. Kacau sekali sekala. Kemudian tuang pati santan dan kacau rata dan biarkan mendidih sekejap.
  2. Cedok keluar kurang lebih 3/4 cawan dan masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati (hingga terasa lemak2 masin). Bakinya masukkkan air gula melaka, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih, kalau kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula lagi. Tambah air jika terlalu pekat. Matikan api.
  3. Cedok secukupnya bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan sedikit (atau secukupnya) bubur putih atas bubur merah. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!.
Ni untuk kekawan opis mama
 
     

1 ulasan: