Sumber: https://almizan.wordpress.com/2007/11/16/bagaimana-mengelakkan-anak-dari-menderhaka-kepada-ibubapa/
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka
geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14
tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…“Jika dia bijak dan menang dalam
sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau
peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun
jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula
merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.Yang penting anak-anak
harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh
kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya
pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa
bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.
Si anak rasa
tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi
berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi
sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan
anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam,
anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap
subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk
sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan
suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka
derhaka kepada kita…DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang
anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan
orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina
Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat
dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur
memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,
sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah. BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika
Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya
jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan
melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan
ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu
ayah.
Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu
redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi
jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram
atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.
Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah
yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,
jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan
ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita.” HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan,
sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan
bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku
pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.
Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama
agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya
golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil
kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita
menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti
tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang
melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan
terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak
perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke
syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua
perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah
Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya
dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan
mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum
balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada
yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail
insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali
kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal
siapa NabiIbrahim.
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey
untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan
anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan
mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang
membezakan antara winners dan losers
Adalah
mudah iaitu:-Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri. Mereka
dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak
boleh.Tips;
1.Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan yang kurang baik
akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri
nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan
anak anda pelukkan setiap hari(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah
anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak
anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan
peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan,
ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).
5.Janganlah
mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah
berbuat silap.
6.Apabila
anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak
akan kembali).
7.Di
dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah
cerita anak anda,cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda
tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan
anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan
kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11.Buatkan
sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda
belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
12.
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah
masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda
berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan andasuami isteri.
14.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.
15.
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
16.Janganlah
membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan
selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20.
Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan