Khamis, 31 Mac 2016

Airtangan: Roti John Cheese


Hari ni nak share resepi Roti John Cheese, sebenarnya tak susah mana pun nak wat…..sejak twin pandai makan ni, ,mama memang tersangat rajin nak masak, almaklumla airtangan itu kan pengikat kasih sayang....Ini resepinya....



Roti John Cheese
Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kurma (kalau nak)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih
  • garam gula secukup rasa
  • Daging/ayam cincang (daging burger pun boleh)
Cara-cara:

  • Tumis bawang besar dan bawang  putih, masukkan daging, serbuk kari dan serbuk kurma, garam dan gula secukupnya. Biar daging masak dulu.
  • Tutup api.
  • Pukul telur. Masukkan dalam inti daging. Kacau bagi sebati.
  • Sediakan roti secukupnya
  • Potong dua bahagian roti jangan bagi putus.
  • sapu permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper tadi.Buat sehingga habis semua roti
  • Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, ambil satu senduk kecil inti tadi dan letak atas kuali leper
  • Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sekejap inti tu. Bila dah masak inti dan telur tu,  balikkan roti sekejap. Dah siap. Ulang buat untuk roti yang kedua lak.
  • Letak sos cili, mayonis, sos blackpaper, cheese dan salad kegemaran.

Roti John Cheese utk my twin (xde sos)

 


Rabu, 30 Mac 2016

Airtangan: Kuih Talam Berlauk

Tetiba terasa nak wat Kuih Talam Berlauk.....hahaha try google dapatla resepi ni dr blog Azie Kitchen…nampak mudah, so wat la untuk breakfast pagi….inilah resepi Kuih Talam Berlauk…..

Talam Berlauk
oleh: Blog Azie Kitchen

 

Bahan bahan: 

Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Untuk Lauk:

200 gram udang saiz kecil 
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang 
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. 
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa. Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan. 

 
Cara Membuat Talam Berlauk:

Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit. 

Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya. 

Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi. Guna bekas kecil, saya cuma kukus lagi 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba.. 

Airtangan: Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol

Sejak 2 menjak memang sgt rajin nak cuba resepi baru, kali ni try Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol....erm, asyik beli jer kan selama ni, so kita try la masak sendiri dengan airtangan dan kasih sayang.......thnks pada puan2 punya resepi...kali ni buat masa hari berkerja, so leh bawak g opis bg kekawan rasa airtangan....


Nasi Dagang
Oleh: Blog Azlita Masam Manis


 
Bahan-bahan:
 
3 cawan beras nasi dagang Kelantan
~ beras di rendam selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Toskan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris kasar
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh halba
3 cawan santan  ~ dari 1 biji kelapa atau 1 kotak santan kara campur air jadikan 3 cawan.
1/2 sudu teh garam atau 1 sudu teh maggi cukup rasa.

Cara-cara:

Satukan semua bahan-bahan yang kita sediakan tadi. Masukkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata, kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.
 
Gulai Ikan Tongkol
Oleh: Blog Azie Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
1 kotak santan kotak  - air secukupnya
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dg sedikit air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 - 7 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:

Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.

Nota: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.

Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam, gula Melaka dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.


Acar Timun Mentah
Oleh: Blog Azie Kitchen


Bahan bahan:

Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
1 botol cuka makan
1 kg dan 2 senduk gula pasir
Garam

Cara-cara:
 
Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.

Optional:

Telur Rebus

















 


Selasa, 29 Mac 2016

Airtangan: Apam Balik

Dah lama x update blog ni.....nak kata sibuk x jugak cuma twin x sihat, focus lebih kepada twin....so, arini nak share resepi Apam Balik....Resepi dapat dari FB, Alhamdulillah resepi ni sangat sedap dan menjadi....u oll pun leh buat gak, lepasni xyah beli apam balik kat Pasar Malam....kebersihan lebih terjamin dan yang penting puas hati, airtangan sendiri terhidang untuk orang-orang yang kita sayang....


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
½ cawan guka
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna jika suka

Cara-cara:

Blanderkan semua bahan sehingga sebati
Perap 1 jam

Initi apam balik
Kacang tanah kisar
Jagung manis tin
Mentega
Gula
Coklat rice

Panaskan non stick pan dan tak perlu sapu minyak. Ambil adunan sesenduk dan buat macam pancake. Apabila setengah masak tabor atas apam balik tu gula, kacang tanah, jagung, coklat dan sedikit mentega….(boleh letak inti lain yang disukai). Lipat dua apam balik dan angkat dari pan. Apam balik yang dah siap sapu mentega dan poting ikut suka.

Rabu, 23 Mac 2016

AirTangan: Nasi Kerabu

Masak memang kegemaran saya, xtau sejak  bila tapi sekarang ni nampak lagi happy bila masak, ditambahpula my twin dah pandai makan dan pandai cakap sedap.....so, bertambah excited la saya nak masak macam2 menu....dan yang paling penting saya nak cabar diri saya untuk masak makanan negeri lain pula......kali ni saya mencuba memasak Nasi Kerabu....mengikut resepi dibawah....
 
RESEPI NASI
 

Masak nasi menggunakan pewarna biru + daun limau purut yang dicarik-carik + daun pandan.

·         Guna beras biasa sahaja.
 

RESEPI SAMBAL TUMIS BUDU

 

Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Secekak cili kering*
3 batang serai – dititik
1 asam keeping
2 santan pekat
1 kpg gula Melaka
5 camca besar sudu budu (ikut selera masing2)
Garam & gula – secukup rasa)
 
Cara-Cara
1.    Kisar bahan bertanda *
2.    Tumis bahan yang dikisar sehingga masak & naik bau
3.    Masukkan santan
4.    Kemudiaan masukkan serai, asam keeping, gula Melaka dan budu
5.    Masak sehingga pecah minyak
6.    Masukkan garam & gula secukup rasa.

 

RESEPI SAMBAL KELAPA

 

Bahan-bahan

3 – 5 ekor ikan selayang – direbus & dicarik isi
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 inci halia*
½ biji kelapa parut – disangai tanpa minyak
Garam & Gula
 
Cara-cara
Kisar bahan yang bertanda*. Kemudiaan masak tanpa minyak diatas kuali sehingga air kering. Tumbukkan halus kelapa parut yang disangai tadi dan satukan kesemua bahan dan gaul sehingga bercampur sebati dan tambahkan garam & gula secukup rasa.
 
RESEPI SOLOK LADA
 

Bahan-bahan
3 - 5 ekor ikan selayang (lg banyak ikan lagi best)
Lada hijau – dibelah dua
½ biji kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cawan santan cair
1 biji asam limau
Garam & gula

Cara-cara
1.     carikkan isi ikan mentah
2.     tumbukkan bawang merah & bawang putih bersama isi ikan yang dicarik tadi
3.     kemudian tumbuk bersama kelapa parut
4.     tambah garam & gula secukup rasa
5.     perahkan asam limau
6.     gaul hingga sebati
7.     sumbat isi solok ke dalam lada yang dibelah tengah
8.     susun di dalam periuk(periuk dialas dengan daun pandan)
9.     masukkan santan cair dan masak sehingga santan kering. Tutup api. (Hati-hati jangan sampai hangit)

 
RESEPI BUDU

Budu + Cili Padi Potong + Perahan Asam Limau

















Ulam-ulaman
kacang botor
Timun
Daun Kesum
Daun Selasih
kacang Panjang
Bunga kantan

OPTIONAL :

Ayam Goreng & Ikan Goreng




Telur Masin
 
 

Ahad, 20 Mac 2016

Twin: Hari Hutan Antarabangsa 2016

19.03.2016 (Saturday)
Seperti minggu kebiasaannya bila cuti hujung minggu kami akan merancang aktiviti untuk my twin, almaklumla dah seminggu twin duduk rumah. Mesti diaorang bosan, kita yang dah tua ni pun bosan kalo dok umah lelama inikan pula budak kecil....so, minggu ni papa kata kat FRIM ada program iaitu "Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2016" nak bawak twin g sana....bila tanya kat mama apa ag proceed jela lgpun acara tu pagi, xpanas. Sekarang ni mmg berjaga2 sbb cuaca.
Bangun pagi2 twin dah amik shoes, tu tanda nak ajak jalan la tu....kami pun bsiap, kuar jer dari pintu grill rumah bukan main suka twin....cam xpernah keluar, sebelum ke FRIM kami singgah breakfast jap....lpstu baru g FRIM. Twin mmg sgt seronok, main sakan dan yang penting depa teruja dengan alam sekitar, itu yang kami suami isteri ingin terapkan....jom kita tgok gambar2 twin...
 

 
 



 

 








 




 


 
 
Kitaorang balik dalam kul 10.30 pagi, tak tunggu perasmian sebab cuaca dah panas sangat. Sejak ada twin ni keutamaan saya adalah pada kesihatan mereka berdua....lagipun twin baru baik dari tidak sihat.....
 

Khamis, 17 Mac 2016

Twin: Throwback 1st Birthday

Tetiba pagi2 ni mood nak update pasal throwback 1st besday my twin.....9 tahun tunggu, so ni la masanya nak buat sesuatu yang leh kami dan twin ingat dan create memory.....almaklumla umur setahun sekali jer....mula2 tu memang merancang nak jemput kekawan dan jiran tetangga tapi memandangkan twin baru baik dari tidak sihat, kami pun ambil keputusan untuk sambut secara sederhana di rumah.....
Tema 1st besday twin adalah "PORORO"....jenuh meng"Google" design kek untuk my twin....akhirnya dapat gak idea. Macam biasa, episode mencari orang yang pandai buat kek....akhirnya mama memilih Lily Maya Cakes....sebab pernah nampak akak ni dalam satu slot rancangan di TV3.... huhuhu bila berurusan dengan akak ni nampak mudah, lepas tanya harga dan mama serahkan kepercayaan ni pada Lily Maya Cakes untuk merealisasikan impian mama & papa....
Inilah hasilnya...........sungguh mengujakan!!! thnks Lily Maya Cakes.....Mama anya mampu masak Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kurma Telur, Jelatah Timun Nanas, Bubur Merah Bubur Putih & Pulut Kuning.....huhuhu berpeluh2 berperang didapur, rasa puas sebab dapat menghidangkan semua juadah ini pada keluarga...penantian 9 tahun buat mama excited untuk sambut 1st Besday kalian berdua....terima kasih Allah atas nikmat ini....memberi pinjam mereka pada kami, mengisi kekosongan kami, memberi kami satu tanggungjawab yang besar mendidik kalian berdua.........
 
Happy 1st Birthday My Twin, mama & papa love you all......
 
"MUHAMMAD QAYL ZHAFRAN MUSA
&
MUHAMMAD QAYL ZHAFRY ISMAIL"