Ahad, 24 April 2016

JJCM: Harumanis Perlis

10 April 2016
Sebut sahaja Negeri Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harumanis, sejenis mangga / mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis. 

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.

Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.

Alhamdulillah kami dapat merasai keenakan Harumanis saban tahun, ini kerana  April setiap tahun Encik Suami akan bertugas luar ke Perlis. Tahun ni berbeza sedikit sebab saya dan twin mengikut suami ke Perlis, dikesempatan yang ada ini suami mengajak saya mencari buah Harumanis di kebun…..memang tidak dinafikan buah Harumanis banyak di jual ditepi2 jalan sepanjang negeri Perlis cuma hati-hati takut Harumanis Thailand. Bukan apa harga sekilo Harumanis sangat mahal, kalo kita keluarkan duit kita untuk sesuatu yang tidak original maka rasa sia2 jer……

Sebelum pulang ke KL kami sempat singgah di Kebun Harumanis yang terletak di Kampung Santan, Perlis…..alhamdulillah semasa kami singgah kebetulan tuan empunya kebun ada, mula2 sampai tu kami Tanya harga almaklumla nak beli untuk kiriman sedara mara dan sedikit ole2 untuk kawan di opis. Harga sekilogram RM30. Harga memang mahal tapi berbaloi sebab kita Nampak sendiri tuan kebun memetik buah Harumanis tu. Sekilo hanya dapat 2 biji jer, bayangkanla….kami beli 6 kilo, 3 kilo untuk kiriman dan selebihnya untuk kawan2 opis dan diri sendiri.


Gambar Kenangan di Kebun Harumanis

Bersungguh papa bawak Zhafry Ismail

Zhafry Ismail yang sangat teruja

Harumanis yang telah dipetik perlu dibersihkan

Buah Harumanis yang telah dipetik

Kebun Harumanis Kampung Santan, Perlis
Inilah rupa Harumanis

Untuk sekilogram Harumanis
Inilah pokok Harumanis

Kepada sesiapa yang teringin merasai sendiri kenikmatan Harumanis ni sendiri, boleh hubungi Ida ditalian 017-575 9358 Ida ni anak tuan kebun, dia boleh pos kan Harumanis untuk kita.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan