Selasa, 26 April 2016

Parenting: Quranic Homeschooling

Assalamualaikum para pencinta Quran ayat-ayat Allah.

Alhamdulillah, tempoh hari pada 13 Disember 2015 hari tu dipilih Allah untuk bersama-sama dalam majlis ilmu anjuran IPN membincangkan tentang Quranic homeschool.
Masya Allah hati ini benar-benar hiba dan menangis. Kerana belum persiapkan ilmu Quran dalam diri.
Allah hantarkan kami ibu ayah dengan anak-anak syurga ini untuk kami mendalami lebih dekat dengan ayat-ayat Quran ini. Terima kasih Allah atas peluang ini.
Kenapa Seminar Quranic Homeschooling?
12304088_919642848073277_7483485001395100399_o
Hari tu, lepas je dapat tahu seminar ni akan berlangsung memang niat di hati sangat-sangatlah nak pergi.
Kenapa?
Sebab keempat-empat speaker masya Allah semua wanita dan ibu yang tabah dan hebat. Allah datangkan mereka untuk menyampaikan ilmu kepada kami dan seterusnya tugas kami juga berkongsi dengan kawan-kawan dan insan lain.
Siapa mereka?
Puan Siti Aminah Sulaiman
Puan Yulia Yusar
Puan Mazlina Karim
Puan Maznah Ibrahim
Secara basiknya, keempat-empat speaker menekankan pembelajaran al-Quran pada anak-anak sejak dari dalam perut.
Dan berperingkat mengikut usia.
Penekanan diberikan bagi melahirkan GENERASI ULUL ALBAB.
Iaitu, orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa api neraka.”-(Al-Imran : 191)
Semua ibu bapa zaman ini seharusnya mengambil berat tentang apa yang anak-anak belajar, atau apa yang anak-anak terima sekarang bagi menjadi BENTENG dan PERTAHANAN diri mereka dan sebagai persediaan kita meninggalkan mereka dalam dunia yang ntah apa-apa penuh dengan kepelikan dan masalah sosial berleluasa–akhir zaman.
Kita nak anak-anak kita mahir dalam banyak bidang dan seiring dengan pembelajaran al-Quran.
Apa yang kami belajar adalah step by step untuk apply quranic homeschooling dalam pembeljaran harian anak baik ibu bekerja atau di rumah.
Pengisian semua masya Allah macam semua persoalan demi persoalan terjawab. MENANGIS JUGAKLAH DALAM HATI NI.
Habis je program, kepala otak dah berpinar. CPU dah panas katanya.
Banyak sangat input.
WHAT’S NEXT?
APPLY KNOWLEDGE!
—-
Sebenarnya, saya dapat rasakan. Inilah dia satu lagi majlis ilmu yang Allah hadiahkan pada saya. Allah pilih saya. 
Bagi jawab doa demi doa saya.
Kisahnya, saya jadi selalu stres dan mengeluh, “kenapalah susah sangat nak ajar anak mengaji.” 
Bukan tu je, malunya fikir bila saya selalu buat perangai merajuk kalau anak tak mahu mengaji.
Allah.. ampunkan dosa saya kerana berfikiran macam tu. Malunya aku.
Dalam seminar tadi, Puan Yulia yang kiut perkongsiannya ada sebut,
SIAPA KITA NAK MENIDAKKAN, KALAU ALLAH NAK BAGI ILHAM PADA ANAK KITA BOLEH BACA, MENGHAFAZ DAN MEMAHANI QURAN?
Allahuakbar, ni baru real tarbiyah sentap.
Allah nak bagitahu diri sendiri, “kau teruskan usaha mendidik anakmu Nadiah, selebihnya tu kerja Aku.”
Kalau fikir Baiknya Allah memang kita takkan kenal putus asa. Betul tak?
——
Sebagai nota sendiri, di sini saya sharekan sedikit input yang kami dapat. Untuk pemahaman lebih mendalam boleh hadir sendiri ke kursus anjuran mereka.

 Puan Siti Aminah Ibrahim (FB : Anakku alhafiz)
1. Anak kecil memang berimiginasi tinggi. Kalau tengok kartun superhero, mereka boleh buat aksi sorang-sorang seperti superhero dengan penuh perasaan tanpa hiraukan orang lain.
3498233-ultraman5
tet!

Jadi, sebagai mak ayah, GUNAKAN IMIGINASI ANAK YANG TINGGI kepada saluran yang sepatutnya. Saluran apa?
Ceritakan kehebatan Allah melalui cerita-cerita dalam al-Quran. Supaya anak boleh feel, ALLAH LEBIH HEBAT. Bukan superhero dengan kuasa yang tah pape. Allah boleh cipta langit dan bumi, Allah boleh jadikan manusia, Allah boleh matikan pokok dan macam-macam lagi.
Anak-anak yang masih kecil jiwa masih halus dan mudah menerima cerita tentang perkara-perkara ghaib. Jadi kurangkan anak-anak menonton cerita kartun superhero dan banyakkan cerita tentang ALLAH, Rasulullah, Malaikat, Syurga, Neraka dan cerita-cerita dalam Quran.
2.  Melalui cerita-cerita dalam al-Quran, mak ayah boleh selitkan nilai murni atau peribadi yang baik seperti sabar, share mainan, jangan sombong dan macam-macam lagi.
3. Satu teknik paling mudah untuk dekatkan anak-anak dengan Quran adalah BERCERITA/ storytelling. Anak-anak akan berimiginasi dan percayalah mereka akan keluarkan pula imiginasi tersebut pada masa dan perkara tak sangka-sangka. Contohnya lukisan gempa bumi.
gjh
Cerita surah al-Fil

4.  Ceritakan juga asbabul nuzul surah dan ayat, supaya anak-anak lebih menghayati dan mencintai alQuran dan dapat gambaran tentang surah yang dibaca dan hafaz. Serta mereka juga dapat kaitkan dengan kehidupan harian.
Mungkin boleh susun 1 minggu cerita dan aktiviti 1 asbabul nuzul
5.  Antara teknik pembelajaran Quran lain adalah ajarkan ikut ayat. Yang ni best! Antaranya mind mapping. Kalau ikut kursus Puan Siti, ada contoh mind mappping.
al-baqarah
Diambil dari internet

6. Selepas bercerita, mind mapping dan segala selitkan jugak aktiviti pengukuhan yang berkait dengan kisah melalui aktiviti kreatif seperti kraf, eksperimen, masak dan sebagainya.
elephant-from-plasticine-1024x678
Kreatif dengan play doh


Puan Yulia Yusar (FB : Yulia Yusar)
1. Benda paling basik dan senang nak ajar anak adalah tauhid–melalui alam sekitar. Semua yang melibatkan kejadian Allah.
nature-wlk
….. (tiada kata melain puji-pujian)

+ Kenal Allah dengan anak melalui feeling kasih sayang terhadap alam semulajadi dan binatang.
2. Walau apapun taraf pendidikan kita, kita adalah cikgu terbaik pada anak-anak sebab kita je yang tahu apa dan bagaimana yang anak kita patut tahu dan belajar.
+ Ambil peluang mengajar anak ikut sikap mereka. Aktif ke pemalu ke dengan gambar ke.
3. Kaitkan aktiviti harian dengan al-Quran.
Contoh apabila anak kagum lihat awan.
+ puji Allah sebab jadikan awan.
+ bagitau dalam Quran ada cerita pasal awan. Cari ayat dalam Quran dan bacakan maksudnya.
+ buat aktiviti tentang awan
+ belajar nama-nama awan dan jenisnya
awan
Subhanallah. Masya Allah. Puji dulu

4. Sentiasa bersyukur dan ajak anak bersyukur dalam setiap aktiviti harian. Alhamdulillah dapat duduk, alhamdulillah dapat lihat ibu dan ayah, alhamdulillah Allah bagi rasa happy main dengan kawan-kawan.
5. Melihat semua kejadian dan pemberian Allah tidak sia-sia, semuanya berhikmah.
6. Ceritakan hadis tentang Rasulullah untuk hidupkan rasa rindu dan cinta pada Baginda.
kurma2
Bergenang air mata masa Puan Yulia share

7. Ilmu tauhid dan sains adalah DALAM BEKAS YANG SAMA.
8. Antara manfaat pembelajaran Quran :
+ Merangsang anak-anak berfikir dan penguasaan ilmu sains
+ Yakin semua dari Allah dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara.
+ Terbit rasa CINTA ALLAH DAN RASUL
+ Tahu bagaimana beramal dan menyampaikan.
Allahuakbar, bolehlah bermimpi anak-anak kita macam ni nanti.

Puan Mazlina Karim (FB : Darwish Darwisha)
Masya Allah seronok tengok life anak-anak Puan Mazlina yang banyak join kelas seperti karate, renang, polo air, piano, golf, kuda, robot, paling best mengulang hafazan Quran dengan maknya sendiri :))
Puan Lina banyak share mengenai PENTINGNYA mengajar dan mengukuhkan anak-anak dengan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam menuju akhir zaman ni.
Antaranya melahirkan MUSLIM PROFESSIONAL YANG HEBAT DUNIA DAN AKHIRAT. Muslim yang boleh berjihad dengan hujah dan ilmu.
732b
1 golongan yang akan selamat–ahli sunnah wal jamaah

Syiah, wahabi dan hizbul tahrir ni.
Kuatkan anak-anak dengan akidah ahli sunnah waljamaah.
Ayat alQuran adalah ayat paling keramat yang boleh jadi benteng setiap kali anak-anak berdepan dengan perkara tak elok–Itulah rasanya harta paling berharga nak tinggal pada anak-anak.
benteng-menghadapi-fitnah-zaman-ini
Sumber dari internet satu lagi berpegang teguh ayat-ayat QURAN

Jujur diri ini takut.
Takut tertinggal yang ni.
Nauzubillahi min zalik.
Selain itu, Puan Lina berkongsi dengan kami penyusunan oleh tim IPN bersama ibu-ibu hebak untuk silibus quranic homeschooling. Supaya SAINS dan al-QURAN adalah seiring pembelajarannya dan bukan dipisahkan seperti di sekolah-sekolah sekarang.
Tak sabar!
Kita doakan Allah rahmati dan limpahi kebaikan demi kebaiakn dalam hidup mereka amin2.

Puan Maznah Ibrahim (FB : Maznah Ibrahim)
Topik ni paling ditunggu oleh orang macam saya.
Selalu hilang kawalan bila berdepan dengan emosi.
1. Manusia selalu stres apabila TUNTUTAN (apa yang kita expect) lebih besar daripada SUMBER (apa yang kita ada). Untuk kurang kan stres, mesti kurangkan tuntutan. LESS EXPECTATION.
11546425c817bcbffd0a7c1c033c17d2
+ FIGHT atau FLIGHT (let go)
Biasanya akan FLIGHT lah kan, kalau fight memang stres je hari-hari.
2. Stres kalau kita simpan lama, akan jadi dot dalam hati dan bertukar menjadi toksik. Percaya atau tidak boleh merebak menjadi kanser.
Menurut perubatan cina, kita tak digalakkan stres lebih 30 saat. HARUS KURANG 30 saat. Doh guana?
3. Kalau kita boleh manage emosi kita kurang stres. Emosi banyak tenaga akan digunakan membuatkan kita cepat penat.
4. Untuk handle anak-anak yang bermemosi, kena pandai tackle keperluan emosi mereka. Contoh lapar, ngantuk, tak selesa dan sebagainya.
needs-676x507
Semak keperluan emosi anak-anak ikut peringkat umur

Jangan tengok sangat behaviour dia.
Contoh anak buat pasal mengamuk baling barang. Mak ayah kena check keperluan emosi dia. Jangan melihat dia sebagai seorang anak yang nakal.
5. Emosi anak sangat ringan. Sebab tu kalau mereka beremosi bagi belon atau main bubbles dah selesai. Emosi dewasa berat. Bagi main belon tak layan. Layang-layang baik untuk belajar mengawal emosi.
bubbles
Ringannya buih seperti ringannya emosi anak-anak

6. Untuk mereka emosi tak stabil sangat memerlukan sistem sokongan.
Contoh anak menangis.
Mak ayah perlu rendahkan badan untuk duduk sama level dengan anak-anak. Dengan itu mereka rasa lebih selamat.
7. PERLU ADA ILMU dalam handle emosi diri sendiri dan anak-anak.
+ Ilmu perkembangan emosi, otak dan tingkahlaku anak-anak mengikut umur. (Supaya tak terkujat kenapa anak conteng dinding kenapa berteraburkan bedak dan sebagainya)

+ Kenali anak-anak jenis lincah(kinestetik)/pandai bercakap(audio pendengaran bagus)/visual(melalui imej)
+ Kenali cara luasan emosi ibu dan anak
+ Swith emosi melalui tarik nafas (breath taking) dan ubah kedudukan
a5205_chcw_grade_2_emotion_mgmt_strategies_poster
Boleh cuba

+Pusat pemikiran manusia (ini best wajib join kurus Puan Maznah nanti coaching 9 jam!)
8. Apabila marah dengan sikap anak, HANDLE EMOSI SENDIRI DULU, dah bertenang baru nak nasihat ke apa. Dan berulang kali sebut pada anak sikap macammana yang menunjukkan akhlak baik dengan cara penuh hikmah.
Contoh : adik conteng dinding.
+ Adik buat apa tu? (minta respon anak tentang situasi, walaupun dah tahu)
+ Cantiknya lukisan adik (puji)
+ Pen ibu bagi untuk lukis atas kertas. Dinding ni bukan untuk buat lukis. Lagipun ni tuan rumah punya, bukan kita punya. Kalau conteng dinding nanti kotor. Allah suka rumah bersih. (bagitahu perkara yang salah dan betul)
pic_en1
Kalau anak dan ibu boleh handle emosi inilah hasilnya

9. Tip untuk anak-anak yg sudah tercedera emosinya :
+ Sentiasa isi pengalaman indah dengan anak-anak
+ Ajak bersembang tentang masa kecil, lihat dia ingat tak tentang kenangan pahit tu
+ SOLAT TAUBAT! Mohon pada Allah kerana Allah yang pegang hati anak-anak.

Banyakkan ilmu yang kami dapat walaupun satu hari. Nak share kat sini tak cukup tanganlah. Memang kena pergi sendiri.
Allahuakbar!
Ilmu mereka memang sangat diperlukan oleh semua mak ayah, sebab tu saya share sini supaya semua parents pergi absorb dan balik apply pada anak-anak.
Add mereka di FB dan update tentang kursus anjuran mereka.
Semoga kita sama-sama beroleh pahala daripada usaha mendidik anak-anak ini dan menjadi saham untuk hari akhirat kelak.
Ameen2.

"thanks pada yang wat rumusan tentang Seminar Quranic Homeschooling........"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan