1.Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan
anak anda pelukkan setiap hari(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah
anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda
lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan
peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan,
ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).
5.Janganlah
mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah
berbuat silap.
6.Apabila
anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan
kembali).
7.Di
dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah
cerita anak anda,cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang
giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan
anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan
kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11.Buatkan
sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda
belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
12.
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah
masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda
berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan andasuami isteri.
14.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.
15.
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
16.Janganlah
membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan
selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja
pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti kita. ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan