Selasa, 5 April 2016

Airtangan: Cucur Udang

Dari sehari ke sehari nak update resepi Cucur Udang ni, tapi tak ter update2…..alasan tak transfer gambar ker computer sebab kebanyakan gambar dalam phone….nak update blog guna phone sangat menguji kesabaran, so arini gagahkan lah juga emel gambar ni ker emel sendiri….ni dia resepi Cucur Udang versi saya….bagi saya cucur ni mudah, masukkan apa jer yang kita nak masukkan tak kira sayur ker atau sebagainya…..next time saya update resepi kuah kacang Cucur Udang lak……

Bahan-bahan Cucur Udang:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis segera (mauripan)
1 biji telur
1 biji bawang besar1 batang lobak
1 genggam taugeh (Kalo ada)

Daun kucai
7-8 ekor udang saiz kecil
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung.
Masukkan serbuk kunyit dan air. Masukkan tepung gandum, telur dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas adunan naik kerana sifat garam yang boleh membantutkan proses yis untuk mengembang. * jika ingin mengadunnya sekali gus, jauhkan garam dengan yis semasa dalam bekas untuk membancuh.
Biarkan adunan naik hingga dua kali ganda.
Selepas itu, barulah masukkan taugeh, lobak dan daun kucai.

Masukkan udang dan garam. Kacau rata. Biarkan bancuhan tepung mengembang 2 kali ganda dari asal.
Goreng dalam minyak yang panas. Gunakan sudu atau senduk kecil untuk mencedok. Apabila cucur kelihatan mengembang dan mengeras sedikit dalam kuali, kecilkan api. Ini untuk mendapatkan cucur yang rangup di luar dan isi yang lembut. Masak hingga garing kekuningan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan