Dah lama tak makan Nasi Berlauk, kebetulan
dalam peti sejuk ada seekor ikan tongkol tu yang decide nak wat Gulai Ikan
Tongkol dan Sambal Lada....dulu kat opis ada officer ni rajin masak Nasi
Berlauk ni, boleh dikatakan setiap minggu dia akan masak cuma sekarang ni jer
dia jarang masak...bila sekali makan Nasi Berlauk versi Kelantan ni terus jatuh
cinta, siap minta resepi lagi....yela, nak suruh orang masak sampai bila, nak
tak nak kita la kena belajar kalo tak beli kat kedai jer tapi persoalannya
sampai bila nak beli...lgpn tak kan nak bagi suami ngn twin makan airtangan
orang lain selalu....tu yang tebalkan muka minta resepi Nasi Berlauk versi
Kelantan....kebetulan isteri officer tu orang Kelantan, dan isteri dia pernah
berniaga Nasi Berlauk ni.....tu yg memang nak sangat resepi ni, bukan utk
berniaga tapi utk keluarga....
So, saya kongsi resepi ni untuk
simpanan saya dan untuk kekawan yang sudi mencuba resepi ini..
Resepi Gulai Ikan Tongkol
Bahan Rebus
1 ekor ikan tongkol ~ di bersihkan dan dan di potong
3 ulas bawang puti ~ di hiris
3 keping asam keping atau asam gelugur
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 batang serai ~ di ketuk
garam secukup rasa
Air secukupnya
Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga ikan empuk
Sejukkan setelah masak dan simpan semalaman dalam peti ais hingga kuah meresap dalam isi ikan
Bahan Kuah
Ikan tongkol yang telah di rebus
air rebusan ikan tongkol secukupnya ~ tapis ambil air sahaja
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur atau asam keping
1 batang timun ~ potong wages
Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit
Satukan bahan kisar, air rebusan ikan, santan pekat, asam keping, timun dan kacang panjang dalam periuk dan masak hingga kuah mendidih. Guna api yang kecil sambil senantiasa di kacau supaya santan tak pecah
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan lada hijau
Renihkan sebentar
Bila dah masak hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan

Resepi Sambal
Bahan-bahan
RM 2 cili padi (warna merah)
Gula pasir
Garam
Air masak
Cara-cara
Cuci cili merah. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Untuk sukatan air masak, agak2 biar blender boleh digunakan untuk mengisar cili tadi tu. Kisar seketika tetapi jangan terlalu hancur, just 2 - 3 kali press ajer. Masukan air limau nipis, gula dan garam. Suaikan rasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan