Niat dihati untuk syer tentang pengalaman mengandungkan, bersalinkan kembar dan pejuangan saya sebagai penyusu kepada my twin....cuma kekadang kekangan masa membuatkan perkongsian itu masih belum mampu dicoretkan....inshaAllah satu ari nnti jika diizinkan Allah......doakan saya erk....
Minggu lepas sempat jadi tetamu
Kementerian Pertahanan Malaysia untuk event berprestij "15th Defence
Services Asia Exhibition & Conference" pada 18 hingga 21 April
2016 di PWTC, KL.....ingat lagi last pegi DSA pada tahun 2012, tahun 2014
tak dapat pergi sebab cuti bersalin......
huhuhu kali ni excited nak pergi, dari MinDef naik bas Kementerian ke PWTC....huhuhu kalo bawak kenderaan sendiri jenuh nak cari parking, almaklumla ramai orang berkampung di sana. Tu lom kesesakan lalulintas......sebenarnya seronok pergi tengok Pameran Pertahanan Terbesar di Asia Tenggara ni, yang tak seronoknya sebab tempat pameran tu tersangat besar, jenuh nak berjalan....nasib baikla pakai kasut mesra alam kalo tidak mahu nangis....yela bukan kecik kawasan pameran tu....ada orang tu siap pegi beli sandle la semata2 lenguh berkasut tumit!!! hihihi nak cantiknya pasal tapi akhirnya memudaratkan....erm, saya memang dah lama tak pakai kasut tumit2 tinggi, sejak nak pregnant dulu.....(tahun 2012) sekarang ni pakai la gak tapi tengok tempat, kalo kena berjalan jauh mmg tidak la......huhuhu merepek bab kasut pun panjang berjela...
Tetamu Kementerian Pertahanan Malaysia
Selpie dulu
Happy semua orang, xtau kaki dah letih......
Mengabadikan kenangan....
nak juga ambil gambar dengan kereta kebal ni
penat berjalan, kita makan dulu Char Kuew Tiew Goreng
nikmatnya dapat Sirap Selasih
lepas lunch saya dan kekawan terus balik pejabat...
1.Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan
anak anda pelukkan setiap hari(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah
anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda
lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan
peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan,
ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).
5.Janganlah
mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik
secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah
berbuat silap.
6.Apabila
anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan
kembali).
7.Di
dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah
cerita anak anda,cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan
datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang
giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan
anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan
kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11.Buatkan
sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah
harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda
belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain).
12.
Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah
masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda
berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka
dalam kehidupan andasuami isteri.
14.
Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.
15.
Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.
16.Janganlah
membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan
selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja
pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19.
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk
sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti kita. ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Assalamualaikum para pencinta Quran ayat-ayat Allah.
Alhamdulillah, tempoh hari pada 13 Disember 2015 hari tu dipilih Allah untuk bersama-sama dalam majlis ilmu anjuran IPN membincangkan tentang Quranic homeschool.
Masya Allah hati ini benar-benar hiba dan menangis. Kerana belum persiapkan ilmu Quran dalam diri.
Allah hantarkan kami ibu ayah dengan anak-anak syurga ini untuk kami mendalami lebih dekat dengan ayat-ayat Quran ini. Terima kasih Allah atas peluang ini.
Kenapa Seminar Quranic Homeschooling?
Hari tu, lepas je dapat tahu seminar ni akan berlangsung memang niat di hati sangat-sangatlah nak pergi.
Kenapa?
Sebab keempat-empat speaker masya Allah semua wanita dan ibu yang tabah dan hebat. Allah datangkan mereka untuk menyampaikan ilmu kepada kami dan seterusnya tugas kami juga berkongsi dengan kawan-kawan dan insan lain.
Siapa mereka?
Puan Siti Aminah Sulaiman
Puan Yulia Yusar
Puan Mazlina Karim
Puan Maznah Ibrahim
Secara basiknya, keempat-empat speaker menekankan pembelajaran al-Quran pada anak-anak sejak dari dalam perut.
Dan berperingkat mengikut usia.
Penekanan diberikan bagi melahirkan GENERASI ULUL ALBAB.
Iaitu, orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa api neraka.”-(Al-Imran : 191)
Semua ibu bapa zaman ini seharusnya mengambil berat tentang apa yang anak-anak belajar, atau apa yang anak-anak terima sekarang bagi menjadi BENTENG dan PERTAHANAN diri mereka dan sebagai persediaan kita meninggalkan mereka dalam dunia yang ntah apa-apa penuh dengan kepelikan dan masalah sosial berleluasa–akhir zaman.
Kita nak anak-anak kita mahir dalam banyak bidang dan seiring dengan pembelajaran al-Quran.
Apa yang kami belajar adalah step by step untuk apply quranic homeschooling dalam pembeljaran harian anak baik ibu bekerja atau di rumah.
Pengisian semua masya Allah macam semua persoalan demi persoalan terjawab. MENANGIS JUGAKLAH DALAM HATI NI.
Habis je program, kepala otak dah berpinar. CPU dah panas katanya.
Banyak sangat input.
WHAT’S NEXT?
APPLY KNOWLEDGE!
—-
Sebenarnya, saya dapat rasakan. Inilah dia satu lagi majlis ilmu yang Allah hadiahkan pada saya. Allah pilih saya.
Bagi jawab doa demi doa saya.
Kisahnya, saya jadi selalu stres dan mengeluh, “kenapalah susah sangat nak ajar anak mengaji.”
Bukan tu je, malunya fikir bila saya selalu buat perangai merajuk kalau anak tak mahu mengaji.
Allah.. ampunkan dosa saya kerana berfikiran macam tu. Malunya aku.
Dalam seminar tadi, Puan Yulia yang kiut perkongsiannya ada sebut,
SIAPA KITA NAK MENIDAKKAN, KALAU ALLAH NAK BAGI ILHAM PADA ANAK KITA BOLEH BACA, MENGHAFAZ DAN MEMAHANI QURAN?
Allahuakbar, ni baru real tarbiyah sentap.
Allah nak bagitahu diri sendiri, “kau teruskan usaha mendidik anakmu Nadiah, selebihnya tu kerja Aku.”
Kalau fikir Baiknya Allah memang kita takkan kenal putus asa. Betul tak?
——
Sebagai nota sendiri, di sini saya sharekan sedikit input yang kami dapat. Untuk pemahaman lebih mendalam boleh hadir sendiri ke kursus anjuran mereka.
Puan Siti Aminah Ibrahim (FB : Anakku alhafiz)
1. Anak kecil memang berimiginasi tinggi. Kalau tengok kartun superhero, mereka boleh buat aksi sorang-sorang seperti superhero dengan penuh perasaan tanpa hiraukan orang lain.
Jadi, sebagai mak ayah, GUNAKAN IMIGINASI ANAK YANG TINGGI kepada saluran yang sepatutnya. Saluran apa?
Ceritakan kehebatan Allah melalui cerita-cerita dalam al-Quran. Supaya anak boleh feel, ALLAH LEBIH HEBAT. Bukan superhero dengan kuasa yang tah pape. Allah boleh cipta langit dan bumi, Allah boleh jadikan manusia, Allah boleh matikan pokok dan macam-macam lagi.
Anak-anak yang masih kecil jiwa masih halus dan mudah menerima cerita tentang perkara-perkara ghaib. Jadi kurangkan anak-anak menonton cerita kartun superhero dan banyakkan cerita tentang ALLAH, Rasulullah, Malaikat, Syurga, Neraka dan cerita-cerita dalam Quran.
2. Melalui cerita-cerita dalam al-Quran, mak ayah boleh selitkan nilai murni atau peribadi yang baik seperti sabar, share mainan, jangan sombong dan macam-macam lagi.
3. Satu teknik paling mudah untuk dekatkan anak-anak dengan Quran adalah BERCERITA/ storytelling. Anak-anak akan berimiginasi dan percayalah mereka akan keluarkan pula imiginasi tersebut pada masa dan perkara tak sangka-sangka. Contohnya lukisan gempa bumi.
4. Ceritakan juga asbabul nuzul surah dan ayat, supaya anak-anak lebih menghayati dan mencintai alQuran dan dapat gambaran tentang surah yang dibaca dan hafaz. Serta mereka juga dapat kaitkan dengan kehidupan harian.
Mungkin boleh susun 1 minggu cerita dan aktiviti 1 asbabul nuzul
5. Antara teknik pembelajaran Quran lain adalah ajarkan ikut ayat. Yang ni best! Antaranya mind mapping. Kalau ikut kursus Puan Siti, ada contoh mind mappping.
6. Selepas bercerita, mind mapping dan segala selitkan jugak aktiviti pengukuhan yang berkait dengan kisah melalui aktiviti kreatif seperti kraf, eksperimen, masak dan sebagainya.
Puan Yulia Yusar (FB : Yulia Yusar)
1. Benda paling basik dan senang nak ajar anak adalah tauhid–melalui alam sekitar. Semua yang melibatkan kejadian Allah.
+ Kenal Allah dengan anak melalui feeling kasih sayang terhadap alam semulajadi dan binatang.
2. Walau apapun taraf pendidikan kita, kita adalah cikgu terbaik pada anak-anak sebab kita je yang tahu apa dan bagaimana yang anak kita patut tahu dan belajar.
+ Ambil peluang mengajar anak ikut sikap mereka. Aktif ke pemalu ke dengan gambar ke.
3. Kaitkan aktiviti harian dengan al-Quran.
Contoh apabila anak kagum lihat awan.
+ puji Allah sebab jadikan awan.
+ bagitau dalam Quran ada cerita pasal awan. Cari ayat dalam Quran dan bacakan maksudnya.
+ buat aktiviti tentang awan
+ belajar nama-nama awan dan jenisnya
4. Sentiasa bersyukur dan ajak anak bersyukur dalam setiap aktiviti harian. Alhamdulillah dapat duduk, alhamdulillah dapat lihat ibu dan ayah, alhamdulillah Allah bagi rasa happy main dengan kawan-kawan.
5. Melihat semua kejadian dan pemberian Allah tidak sia-sia, semuanya berhikmah.
6. Ceritakan hadis tentang Rasulullah untuk hidupkan rasa rindu dan cinta pada Baginda.
7. Ilmu tauhid dan sains adalah DALAM BEKAS YANG SAMA.
8. Antara manfaat pembelajaran Quran :
+ Merangsang anak-anak berfikir dan penguasaan ilmu sains
+ Yakin semua dari Allah dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara.
+ Terbit rasa CINTA ALLAH DAN RASUL
+ Tahu bagaimana beramal dan menyampaikan.
Allahuakbar, bolehlah bermimpi anak-anak kita macam ni nanti.
Puan Mazlina Karim (FB : Darwish Darwisha)
Masya Allah seronok tengok life anak-anak Puan Mazlina yang banyak join kelas seperti karate, renang, polo air, piano, golf, kuda, robot, paling best mengulang hafazan Quran dengan maknya sendiri :))
Puan Lina banyak share mengenai PENTINGNYA mengajar dan mengukuhkan anak-anak dengan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam menuju akhir zaman ni.
Antaranya melahirkan MUSLIM PROFESSIONAL YANG HEBAT DUNIA DAN AKHIRAT. Muslim yang boleh berjihad dengan hujah dan ilmu.
Syiah, wahabi dan hizbul tahrir ni.
Kuatkan anak-anak dengan akidah ahli sunnah waljamaah.
Ayat alQuran adalah ayat paling keramat yang boleh jadi benteng setiap kali anak-anak berdepan dengan perkara tak elok–Itulah rasanya harta paling berharga nak tinggal pada anak-anak.
Jujur diri ini takut.
Takut tertinggal yang ni.
Nauzubillahi min zalik.
Selain itu, Puan Lina berkongsi dengan kami penyusunan oleh tim IPN bersama ibu-ibu hebak untuk silibus quranic homeschooling. Supaya SAINS dan al-QURAN adalah seiring pembelajarannya dan bukan dipisahkan seperti di sekolah-sekolah sekarang.
Tak sabar!
Kita doakan Allah rahmati dan limpahi kebaikan demi kebaiakn dalam hidup mereka amin2.
Puan Maznah Ibrahim (FB : Maznah Ibrahim)
Topik ni paling ditunggu oleh orang macam saya.
Selalu hilang kawalan bila berdepan dengan emosi.
1. Manusia selalu stres apabila TUNTUTAN (apa yang kita expect) lebih besar daripada SUMBER (apa yang kita ada). Untuk kurang kan stres, mesti kurangkan tuntutan. LESS EXPECTATION.
+ FIGHT atau FLIGHT (let go)
Biasanya akan FLIGHT lah kan, kalau fight memang stres je hari-hari.
2. Stres kalau kita simpan lama, akan jadi dot dalam hati dan bertukar menjadi toksik. Percaya atau tidak boleh merebak menjadi kanser.
Menurut perubatan cina, kita tak digalakkan stres lebih 30 saat. HARUS KURANG 30 saat. Doh guana?
3. Kalau kita boleh manage emosi kita kurang stres. Emosi banyak tenaga akan digunakan membuatkan kita cepat penat.
4. Untuk handle anak-anak yang bermemosi, kena pandai tackle keperluan emosi mereka. Contoh lapar, ngantuk, tak selesa dan sebagainya.
Jangan tengok sangat behaviour dia.
Contoh anak buat pasal mengamuk baling barang. Mak ayah kena check keperluan emosi dia. Jangan melihat dia sebagai seorang anak yang nakal.
5. Emosi anak sangat ringan. Sebab tu kalau mereka beremosi bagi belon atau main bubbles dah selesai. Emosi dewasa berat. Bagi main belon tak layan. Layang-layang baik untuk belajar mengawal emosi.
6. Untuk mereka emosi tak stabil sangat memerlukan sistem sokongan.
Contoh anak menangis.
Mak ayah perlu rendahkan badan untuk duduk sama level dengan anak-anak. Dengan itu mereka rasa lebih selamat.
7. PERLU ADA ILMU dalam handle emosi diri sendiri dan anak-anak.
+ Ilmu perkembangan emosi, otak dan tingkahlaku anak-anak mengikut umur. (Supaya tak terkujat kenapa anak conteng dinding kenapa berteraburkan bedak dan sebagainya)
+ Kenali anak-anak jenis lincah(kinestetik)/pandai bercakap(audio pendengaran bagus)/visual(melalui imej)
+ Kenali cara luasan emosi ibu dan anak
+ Swith emosi melalui tarik nafas (breath taking) dan ubah kedudukan
+Pusat pemikiran manusia (ini best wajib join kurus Puan Maznah nanti coaching 9 jam!)
8. Apabila marah dengan sikap anak, HANDLE EMOSI SENDIRI DULU, dah bertenang baru nak nasihat ke apa. Dan berulang kali sebut pada anak sikap macammana yang menunjukkan akhlak baik dengan cara penuh hikmah.
Contoh : adik conteng dinding.
+ Adik buat apa tu? (minta respon anak tentang situasi, walaupun dah tahu)
+ Cantiknya lukisan adik (puji)
+ Pen ibu bagi untuk lukis atas kertas. Dinding ni bukan untuk buat lukis. Lagipun ni tuan rumah punya, bukan kita punya. Kalau conteng dinding nanti kotor. Allah suka rumah bersih. (bagitahu perkara yang salah dan betul)
9. Tip untuk anak-anak yg sudah tercedera emosinya :
+ Sentiasa isi pengalaman indah dengan anak-anak
+ Ajak bersembang tentang masa kecil, lihat dia ingat tak tentang kenangan pahit tu
+ SOLAT TAUBAT! Mohon pada Allah kerana Allah yang pegang hati anak-anak.
Banyakkan ilmu yang kami dapat walaupun satu hari. Nak share kat sini tak cukup tanganlah. Memang kena pergi sendiri.
Allahuakbar!
Ilmu mereka memang sangat diperlukan oleh semua mak ayah, sebab tu saya share sini supaya semua parents pergi absorb dan balik apply pada anak-anak.
Add mereka di FB dan update tentang kursus anjuran mereka.
Semoga kita sama-sama beroleh pahala daripada usaha mendidik anak-anak ini dan menjadi saham untuk hari akhirat kelak.
Ameen2.
"thanks pada yang wat rumusan tentang Seminar Quranic Homeschooling........"
“aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus , aku dah gemuk memang sinonim kan , tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa saya kata salah?Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.
Boleh ikuti Diet Cara Saya Turun 5Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar.
1. Detox Pagi
Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.
2. Detox Sebelum Sarapan
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis kan . Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk , rendamkan selama 2-5 minit , selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.
Saya tahu nafsu makan sarapan orang malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah lak dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tak sah kan ? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat , sebagai contoh nasi tu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga. Tapi ini sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Saya tahu tekak melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu aje kan . Ini saya berikan cara 5 minit dah siap hidangan sarapan dah la sihat pahtu memang sangat kenyang. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya kan tak pasal-pasal rosak blander mak tu) , nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, nak buat menu bersahur pun boleh ini, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik .. Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna ( opss terpromosi lak ) saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran , kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.
4. Air Kosong
Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan , kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu..Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti..mainan aje tu dik Nak minum air kosong ada perisa sedap tak ?meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji . Kenapa nak buat macam ni ?Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda , air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.
Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10pagi hingga jam 11pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari. Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.
Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I -ayat tak sedar diri dah gemuk ) , ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segeggam lagi kan abg kasi tambah genggam tu haha ) nasi segenggam , lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup.Elakkan lauk pauk yang bersantan , goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abg dik, makan ulam aje . Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari.Diari makanan yang di ambil kan mudah untuk dirujuk kembali nanti.
7. Menu Makan Malam
Ni satu lagi selalu tak makan malam kan , jangan tau ini abg kasi amaran, makan malam adalah wajib tu dia wajib ya. Menu apa yang nak di ambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita dik jangan ingat kita aje nak rehat , perut pun nak rehat tau. menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemasalan itu.
Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di no 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau..
9. Senaman
Perlu ke senaman ini?Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan, kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan kat whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tinggat ok sudah jangan terlalu paksa diri , buat apa yang anda suka itu kata kuncinya.
Maca mana mudah ke diet cara saya ini?tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut , plan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah.Yang penting adalah Usaha kan ..Usaha Lift Kejayaan ..No U Turn. P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda. Untuk Dapatkan Tips Percuma Kurus Cara Saya SIla Like & Share Tengku Asmadi di FACEBOOK & Instagram
Sebut sahaja
Negeri Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harumanis, sejenis
mangga / mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga
menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari
negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup
beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis.
Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di
negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal
kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa
saja yang mencubanya.
Musim Harumanis adalah sekitar
hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya
hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu,
penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis
untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.
Alhamdulillah kami dapat merasai
keenakan Harumanis saban tahun, ini kerana April setiap tahun Encik Suami akan bertugas
luar ke Perlis. Tahun ni berbeza sedikit sebab saya dan twin mengikut suami ke
Perlis, dikesempatan yang ada ini suami mengajak saya mencari buah Harumanis di
kebun…..memang tidak dinafikan buah Harumanis banyak di jual ditepi2 jalan
sepanjang negeri Perlis cuma hati-hati takut Harumanis Thailand. Bukan apa
harga sekilo Harumanis sangat mahal, kalo kita keluarkan duit kita untuk
sesuatu yang tidak original maka rasa sia2 jer……
Sebelum pulang ke KL kami sempat
singgah di Kebun Harumanis yang terletak di Kampung Santan, Perlis…..alhamdulillah
semasa kami singgah kebetulan tuan empunya kebun ada, mula2 sampai tu kami Tanya
harga almaklumla nak beli untuk kiriman sedara mara dan sedikit ole2 untuk
kawan di opis. Harga sekilogram RM30. Harga memang mahal tapi berbaloi sebab
kita Nampak sendiri tuan kebun memetik buah Harumanis tu. Sekilo hanya dapat 2
biji jer, bayangkanla….kami beli 6 kilo, 3 kilo untuk kiriman dan selebihnya
untuk kawan2 opis dan diri sendiri.
Gambar Kenangan di Kebun Harumanis
Bersungguh papa bawak Zhafry Ismail
Zhafry Ismail yang sangat teruja
Harumanis yang telah dipetik perlu dibersihkan
Buah Harumanis yang telah dipetik
Kebun Harumanis Kampung Santan, Perlis
Inilah rupa Harumanis
Untuk sekilogram Harumanis
Inilah pokok Harumanis
Kepada sesiapa yang teringin
merasai sendiri kenikmatan Harumanis ni sendiri, boleh hubungi Ida ditalian
017-575 9358 Ida ni anak tuan kebun, dia boleh pos kan Harumanis untuk
kita.