Ahad, 28 Februari 2016

Airtangan: Laksa Sarawak


Resepi Laksa Sarawak
 
Cuti hujung minggu kali ni (28.02.2016) tergerak hati nak mencuba untuk memasak
Laksa Sarawak, lama rasanya tak makan....dulu masa seopis dengan seorang
pegawai ni rajin jugak la dapat menikmati Laksa Sarawak...bila dah berlainan
opis susahlah sikit, nak ke Sarawak entah bila pulak....
 
Last-last ada officer kat sini pergi kursus ke Sarawak, apa lagi kirim pes Laksa Sarawak la Nampak gayanya. Orang kata beli pes dia lagi senang daripada nak buat pes dia....hihihi boleh jer kalo nak buat tapi cik Malas ni besar sangat dah....dapatlah 2 bungkus pes Laksa Sarawak Hj Manan....
 
Cuti kali ni gagahkanlah juga untuk masak, en suami memang tak pernah makan (ttiba terfikir kang dah masak payah2 last2 dia xmakan, mesti hancur hati dan perasaan) tapi nekad gaklah....walaupun dah ada pes saya still gak tanya en Google....
kalo tanya en Google memang banyakla resepi Laksa Sarawak ni tapi sebab saya yang nak masak so saya kena tapis mana yang saya rasakan ianya sesuai dengan jiwa saya.....
akhirnya saya memilih resepi Laksa Sarawak ni dari blog: DayangJack@DapurKu SaYang.....http://dayangjack.blogspot.my/2012/02/laksa-sarawak.html
 
Bila cuba menu baru dan saya memang tak familiar dengan rasa dan resepi ni saya kena ikut satu2 resepi ini tanpa menderhaka....Nampak macam susah tapi sebenarnya enjoy bila mencuba resepi baru ni....Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyediakan Laksa Sarawak ni dan perkara yang paling mencabar adalah untuk menghidangkannya pada en suami yang baru first time nak rasa dan makan menu ni......
mula2 en suami agak confuse, tentang rasa Laksa Sarwak ni tapi saya yakinkan en suami yang Laksa Sarawak ni sedap dan dia kena cuba, xsalah mencuba mana tahu dia akan menjadi menu kegemaran suatu ari nanti.....
 
Tika saya menghidangkan semangkuk Laksa Sarawak ni en suami macam tak yakin untuk makan mybe dia risau tentang rasa.....
bila en suami makan saya tanya sedap x? akhirnya perkataan yang keluar dari mulut en suami buat saya tersenyum kepuasaan bila en suami puji sedap.....
penat memasak hilang serta merta....
 
Ok, di sini saya sertakan resepi Laksa Sarawak untuk kawan-kawan cuba dan nikmati.....inshaAllah hasilnya tidak menghampakan....thanks pada empunya resepi dayangjack....Selamat Mencuba....Unik masakan Malaysia ni....
 
 
 

Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm

  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :

  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
 
Laksa Sarawak (Menggunakan Pes)
Bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat

 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan