Kiriman Emel dari Pn Lina Karim
saban waktu buat saya tersedar banyak perkara dalam mendidik anak.....Saya
sangat mengidolakan beliau dalam mendidik anak....terima kasih Pn Lina Karim di
atas segala perkongsian ini pada saya....dan mulai arini saya akan cuba syer
perkongsian Pn Lina Karim pada saya kepada rakan2 saya yang lain, agar dapat
memberi impak yang besar dalam mendidik anak2....
Baru-baru ini saya mendengar
keluhan seseorang... sudah bertahun-tahun saya berdoa benda yang sama tetapi
masih belum terkabul. Yang paling terbaru, ada seseorang berkata dengan saya,
sudah 4 tahun dia mengamalkan satu doa yang dikatakan untuk kaya dan sihat,
tetapi tetap tidak kaya dan masih sakit. Memanglah sepatutnya seseorang itu
bersyukur dengan apa yang ada. Namun manusia tetap mahukan lebih. Bagi saya,
untuk mata pelajaran 'BERDOA' sahaja, ianya satu subjek perbincangan yang
panjang yang antara senarainya :
- Bagaimana berdoa,
- Hari mustajab untuk berdoa,
- Keadaan dan masa terbaik untuk berdoa,
- Perkara yang membuat sebuah doa tertolak,
- Siapa yang lebih baik berdoa untuk siapa dan
sebagainya.
Ia bukanlah hanya satu perbuatan
menadah tangan dan mengeluarkan kata-kata yang sama setiap hari. Maka sesiapa
yang serius mengharap doanya terkabul, carilah ilmu berdoa itu. Dan jangan
lupa, selepas berdoa kita perlu berusaha dan bertawakkallah selepas itu. Contoh
mudah, jika saya berdoa untuk anak saya boleh menghafal al Quran ketika kecil,
anak saya tidak akan menghafal 'dengan tiba-tiba' atau 'dengan sendirinya'
(magic) jika tidak saya berusaha untuk mengajarnya untuk menghafal. Dan jangan
pula berkata jika kita berusaha, tentulah kita dapat! Ia tidak begitu. Jika
kita antara orang yang memerhati, kita dapat lihat betapa ramai orang yang
berusaha tetapi gagal. Contohnya dalam perniagaan, ramai manusia berusaha
tetapi gagal kerana tidak mendapat izinNya.
Seperti yang kita tahu, beberapa
hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang
mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan
kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk
diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita
bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario
biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah.
Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa
sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka
masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas,
jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..
Saya ungkapkan semula kata-kata
imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu
siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi
doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu
akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka,
janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan
dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan
menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain
tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan
mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama
juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.
Ikhlas dari,
Lina Karim
Kiriman Emel dari Pn Lina Karim
saban waktu buat saya tersedar banyak perkara dalam mendidik anak.....Saya
sangat mengidolakan beliau dalam mendidik anak....terima kasih Pn Lina Karim di
atas segala perkongsian ini pada saya....dan mulai arini saya akan cuba syer
perkongsian Pn Lina Karim pada saya kepada rakan2 saya yang lain, agar dapat
memberi impak yang besar dalam mendidik anak2....
Baru-baru ini saya mendengar
keluhan seseorang... sudah bertahun-tahun saya berdoa benda yang sama tetapi
masih belum terkabul. Yang paling terbaru, ada seseorang berkata dengan saya,
sudah 4 tahun dia mengamalkan satu doa yang dikatakan untuk kaya dan sihat,
tetapi tetap tidak kaya dan masih sakit. Memanglah sepatutnya seseorang itu
bersyukur dengan apa yang ada. Namun manusia tetap mahukan lebih. Bagi saya,
untuk mata pelajaran 'BERDOA' sahaja, ianya satu subjek perbincangan yang
panjang yang antara senarainya :
- Bagaimana berdoa,
- Hari mustajab untuk berdoa,
- Keadaan dan masa terbaik untuk berdoa,
- Perkara yang membuat sebuah doa tertolak,
- Siapa yang lebih baik berdoa untuk siapa dan
sebagainya.
Ia bukanlah hanya satu perbuatan
menadah tangan dan mengeluarkan kata-kata yang sama setiap hari. Maka sesiapa
yang serius mengharap doanya terkabul, carilah ilmu berdoa itu. Dan jangan
lupa, selepas berdoa kita perlu berusaha dan bertawakkallah selepas itu. Contoh
mudah, jika saya berdoa untuk anak saya boleh menghafal al Quran ketika kecil,
anak saya tidak akan menghafal 'dengan tiba-tiba' atau 'dengan sendirinya'
(magic) jika tidak saya berusaha untuk mengajarnya untuk menghafal. Dan jangan
pula berkata jika kita berusaha, tentulah kita dapat! Ia tidak begitu. Jika
kita antara orang yang memerhati, kita dapat lihat betapa ramai orang yang
berusaha tetapi gagal. Contohnya dalam perniagaan, ramai manusia berusaha
tetapi gagal kerana tidak mendapat izinNya.
Seperti yang kita tahu, beberapa
hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang
mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan
kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk
diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita
bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario
biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah.
Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa
sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka
masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas,
jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..
Saya ungkapkan semula kata-kata
imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu
siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi
doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu
akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka,
janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."
Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan