Isnin, 18 April 2016

JJCM: Restoran Sarang Burung - Perlis

9 April 2016

Persinggahan pertama kami bila sampai di Perlis......Restoran Sarang Burung (Alamat: Kilometer 5, Jalan Kaki Bukit, 01000, Kangar, Perlis) restoran ni yang agak famous dikalangan pelancong. Ia menyediakan aneka lauk pauk kampung. Istimewa ikan bakar, ayam bakar dan daging bakar serta ulam-ulaman segar. Macam biasa kami hanya memilih lauk yang kami rasakan sesuai dengan jiwa kami....untuk twin seperti biasa hanya nasi putih, kuah lemak dan ayam goreng. Itu sudah cukup memadai bagi twin....air kat restoran ini ada macam2 pilih jer dari ABC sampai ke Lai Chi Kang semua ada....order jer!!!!!

Sejak ada anak ni keutamaan kami pada sesebuah kedai makan, adalah kerusi baby...almaklumla anak kami kembar, mmg kebiasaannya kami akan letak twin dalam kerusi baby dan pasangkan youtube....kalo x mahu nya kami x leh makan....sejak twin pandai duduk, mmg kami dah ajar siap2....dua tu kalo sorang leh gagahkan lagi pegang....hihihi xpe bak kata orang bersusah2 dahulu....bersenang2 kemudiaan....ni lah menu yang kami pilih untuk arini....
Pada kekawan yang sampai ke Perlis meh singgah ke Restoran Sarang Burung ni mencuba dan menikmati juadah Negeri Perlis Indra Kayangan......


 





 

Selasa, 12 April 2016

Airtangan: Sambal Sotong


Hari ni nak syer resepi sambal sotong yang menjadi igauan ahli keluarga saya…menu ni simple jer, bak kata orang tutup mata pun leh masak. Sambal sotong ni sedap makan nasi putih panas2 ditambahpula ada masak lemak nanas ikan kering….perghh mertua lalu sebelah tak nampak, mcm saya suka masak Sambal Sotong ni dengan Nasi Lemak…lengkap rasanya hidangan Nasi Lemak tu. Meh try my resepi Sambal Sotong…..
 
 
Bahan bahan:
 
10 ekor sotong
20 biji cili kering
2 ulas bawang merah (besar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (Holland) - hiris bulat
3 3 sudu besar Sos cili Life
Garam
Gula
 
Cara cara:
 
Kisar cili dan bawang bawang. Tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. 
Masukkan sos cili, gula dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos hingga kering. 
Akhir sekali, masukkan garam dan masak sehingga air sotong menjadi kering. Masukkan bawang besar dan tutup api apabila bawang layu dan sambal kembali kering serta pecah minyak.  Siap!!! Selamat Menjamu Selera....

 

MySelF: Lunch Date

Ari khamis lepas lunch date ngn my officer merangkap my bff.....sebenarnya tak plan pun nak makan kat KLCC cuma rasanya dah lama xdok santai2 waktu lunch....biasanya kami akan lunch di opis jer ataupun kekadang tu xsempat lunch pun sbb meeting...skrg ni meeting setiap minggu, so kesibukan tu agak terasa, jarang nak tengok kami tak de kat opis ni…Cuma bila terasa otak penat tu yg decide nak g santai makan2 sambil borak2….huhuhu nikmatnya hanya Allah saja yg tahu…..
Bila sampai KLCC xtau nak pilih restoran mana nak makan, xkanla nak makan KFC or MC Donald…dua ni leh jer delivery hantar kat opis…so kami b2 decide utk makan kat Madam Kwan’s….erm kami order Kuew Tiew Soup Ipoh, Char Kuew Tiew, ABC dan Air Tembikai... tu jer sebab order banyak2 takut xtermakan.....tp kali ni saya agak kecewa, niat utama nak makan kat Madam Kwan's sebab nak makan dessert Ais Kacang Merah....bila order pelayan tu kata kacang merah dah abis, barang yang diorder xsampai lagi.....tu yang tukar jadi ABC, ABC pun ABC la....duduk kat situ setengah jam kami pun terus balik pejabat.....
Alhamdulillah.....hilang stress!!! (nikmat yang tidak mampu didustai)
 

Isnin, 11 April 2016

Airtangan: Sagu Gula Melaka

Bahan bahan:

1 cawan sagu
2 ½ cawan air panas
Garam sikit
Daun pandan
Gula Melaka
Susu cair @ Santan

Cara cara:
  1. Masukkan 2 ½ cawan air panas dalam periuk, kemudian masukkan biji sagu, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sagu kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sagu bewarna putih). Tapis dan bilas dibawah air paip untuk membuang kanji sagu. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda. Masukkan dalam acuan kegemaran. Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang susu cair@santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.

Rabu, 6 April 2016

Airtangan: Gulai Ikan Tongkol + Sambal (Nasi Berlauk)

 Dah lama tak makan Nasi Berlauk, kebetulan dalam peti sejuk ada seekor ikan tongkol tu yang decide nak wat Gulai Ikan Tongkol dan Sambal Lada....dulu kat opis ada officer ni rajin masak Nasi Berlauk ni, boleh dikatakan setiap minggu dia akan masak cuma sekarang ni jer dia jarang masak...bila sekali makan Nasi Berlauk versi Kelantan ni terus jatuh cinta, siap minta resepi lagi....yela, nak suruh orang masak sampai bila, nak tak nak kita la kena belajar kalo tak beli kat kedai jer tapi persoalannya sampai bila nak beli...lgpn tak kan nak bagi suami ngn twin makan airtangan orang lain selalu....tu yang tebalkan muka minta resepi Nasi Berlauk versi Kelantan....kebetulan isteri officer tu orang Kelantan, dan isteri dia pernah berniaga Nasi Berlauk ni.....tu yg memang nak sangat resepi ni, bukan utk berniaga tapi utk keluarga....

So, saya kongsi resepi ni untuk simpanan saya dan untuk kekawan yang sudi mencuba resepi ini..
Resepi Gulai Ikan Tongkol
Bahan Rebus

1 ekor ikan tongkol ~ di bersihkan dan dan di potong
3 ulas bawang puti ~ di hiris
3 keping asam keping atau asam gelugur
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 batang serai ~ di ketuk
garam secukup rasa
Air secukupnya

Satukan semua bahan dalam periuk dan rebus hingga ikan empuk
Sejukkan setelah masak dan simpan semalaman dalam peti ais hingga kuah meresap dalam isi ikan

Bahan Kuah

Ikan tongkol yang telah di rebus
air rebusan ikan tongkol secukupnya ~ tapis ambil air sahaja
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur atau asam keping
1 batang timun ~ potong wages


Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit

Satukan bahan kisar,  air rebusan ikan, santan pekat, asam keping, timun dan kacang panjang dalam periuk dan masak hingga kuah mendidih. Guna api yang kecil sambil senantiasa di kacau supaya santan tak pecah
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan lada hijau
Renihkan sebentar
Bila dah masak hidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan

Resepi Sambal

Bahan-bahan

RM 2 cili padi (warna merah)
10 biji limau kasturi
Gula pasir
Garam
Air masak


Cara-cara
Cuci cili merah. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Untuk sukatan air masak, agak2 biar blender boleh digunakan untuk mengisar cili tadi tu. Kisar seketika tetapi jangan terlalu hancur, just 2 - 3 kali press ajer. Masukan air limau nipis, gula dan garam. Suaikan rasa.




Syurga: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang FRIM Thn 2015

Sebenarnya tak tahu nak cite apa pasal APC en suami Dr Mohamad Nasir Mat Arip, almaklumla bukan diri sendiri yang dapat....tapi sekurang-kurangnya rasa bersyukur sgt sebab impian en suami nak dapat APC termakbul gak...selalu cakap kat en suami Allah akan beri bila tiba masanya....sebab Allah adalah sebaik2 perancang....Seingat sy dari en suami gred 41 (thn 2005) lagi, beliau sgt mendambakan APC setiap  tahun tapi akhirnya tika berada di gred 52 (thn 2016) Allah makbulkan doamu.....tahniah2x dari saya dan twin .....doa kami agar dirimu terus cemerlang, gemilang dan terbilang....moga penghargaan yang diterima ini menjadi penguat semangat dan pemangkin untuk terus maju di dalam kerjaya......aamiin







Selasa, 5 April 2016

Airtangan: Cucur Udang

Dari sehari ke sehari nak update resepi Cucur Udang ni, tapi tak ter update2…..alasan tak transfer gambar ker computer sebab kebanyakan gambar dalam phone….nak update blog guna phone sangat menguji kesabaran, so arini gagahkan lah juga emel gambar ni ker emel sendiri….ni dia resepi Cucur Udang versi saya….bagi saya cucur ni mudah, masukkan apa jer yang kita nak masukkan tak kira sayur ker atau sebagainya…..next time saya update resepi kuah kacang Cucur Udang lak……

Bahan-bahan Cucur Udang:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis segera (mauripan)
1 biji telur
1 biji bawang besar1 batang lobak
1 genggam taugeh (Kalo ada)

Daun kucai
7-8 ekor udang saiz kecil
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

Bancuh tepung dengan yis. *Boleh juga bancuh yis dengan air suam terlebih dahulu dan tuang dalam adunan tepung.
Masukkan serbuk kunyit dan air. Masukkan tepung gandum, telur dan air. Kacau hingga mendapat adunan seperti membuat cekodok. Sebaik-baiknya masukkan garam selepas adunan naik kerana sifat garam yang boleh membantutkan proses yis untuk mengembang. * jika ingin mengadunnya sekali gus, jauhkan garam dengan yis semasa dalam bekas untuk membancuh.
Biarkan adunan naik hingga dua kali ganda.
Selepas itu, barulah masukkan taugeh, lobak dan daun kucai.

Masukkan udang dan garam. Kacau rata. Biarkan bancuhan tepung mengembang 2 kali ganda dari asal.
Goreng dalam minyak yang panas. Gunakan sudu atau senduk kecil untuk mencedok. Apabila cucur kelihatan mengembang dan mengeras sedikit dalam kuali, kecilkan api. Ini untuk mendapatkan cucur yang rangup di luar dan isi yang lembut. Masak hingga garing kekuningan.