Isnin, 14 Mac 2016

Twin: Celebrate 2nd Besday

12.03.2016 Genap usia my twin "Muhammad Qayl Zhafran Musa & Muhammad Qayl Zhafry Ismail" 2 tahun, syukur Ya Allah di atas nikmat ini.....tahun ni tak merancang pun nak wat majlis besday utk my twin...mama cuma order kek jer, ingat nak makan kat Serai....sbb mama malas nak masak.....hihihi
Tiba-tiba Mak Ngah gtahu nak naik KL amik stok barang kedai, andthn Mak Ngah bawak Atok ngan Nenek....so, decide dengan papa celebrate besday twin masa atok ngan nenek ada....baru meriah!!!
So, mama wat keputusan untuk masak Nasi Beriani, Cucur Udang, Kuah Kacang, Bread Butter Puding dengan Kuew Tiew Goreng.....lepastu mama tambah KFC jer.... 
 


Set Nasi Beriani

Atok & Nenek in the house

Bila dah besar nila gayanya
Cucur Udang + Kuah Kacang + Bread Butter Puding + Kuew Tiew Goreng

Kali ni sambut besday twin mencabar sebab twin dah besar dah pandai lari sana sini....menguji kesabaran, tapi xpele....ianya kenangan terindah!!!




Ahad, 13 Mac 2016

Twin: Kek Besday 2 Tahun

2 bulan sebelum besday twin, mama la orang yang paling sibuk fikir pasal kek untuk twin.....tahun ni nak wat tema Safari sbb twin sekarang suka sangat dengan binatang.....
so kena tanya en Google la sebab nak cari kek tema safari yang ok dimata mama, bkn dimata twin ok!!Ini hasil dari tanya en google, banyak2 yang en google bagi yang ni yang mama berkenan, Nampak simple yang penting banyak animal atas sebiji kek.....
lepas dah berpuas hati dengan en Google mulala pencarian mencari orang yang pandai buat kek......apa yang penting orang tu bole buat kek dan harga berpatutan....yela kek sekarang harga bole tahan mahalnya lagi-lagi kek yang mengikut design kita ni....cari punya cari akhirnya jupe gak dengan
FB: Fariza Abdul Gani (Jaja) IG:mummycanbake.....alhamdullilah jaja sudi buat kek my twin dengan harga yang sangat berpatutan....so, nila hasil kerja jaja....sangat berpuas hati....thnks jaja sebab merealisasikan impian mama...........
 

 
 
 
 
 
 
tahun depan leh order lagi kek besday utk my twin.......


Isnin, 7 Mac 2016

Happy Women's Day!!!


8 Mac 2016
Happy Women’s Day!!!

"Kuatnya.....
Seorang wanita itu Apabila……
Tetap Bediri walau Sendiri…..
Tetap Bersabar walau Diuji…..
Tetap Berbelas walau Dikeji………….
Tetap Tersenyum walau Disakiti…..
Tetap Mengasihi walau Dibenci…………
 Tetap Mendoakan walau Dikhianati…………"

My Nyawa....(Johor)
Silaturahim ini terjalin atas dasar rasa tanggungjawab......


Kita pernah berjuang bersama......kak Azean Hashim
Opismate
Opismate
Selamat Hari Wanita!!!!
"Semoga kalian terus kuat menjadi isteri, ibu dan penyejuk mata................"

My Officer



Ahad, 6 Mac 2016

Keibubapaan: Bagaimana mengelakkan anak dari menderhaka kepada ibubapa?


Sumber: https://almizan.wordpress.com/2007/11/16/bagaimana-mengelakkan-anak-dari-menderhaka-kepada-ibubapa/

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam.
 
Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
 
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah. BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.
 
Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.” HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.
 
Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.” USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
 
Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim.
 
Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri. Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda,cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.    ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
 
 

Jumaat, 4 Mac 2016

Opis: Besday Pn Rozaimah

Celebration Pertama
14.02.2016 besday Pn Zai ke 34 tahun, 14.02.16 jatuh hari ahad, so unit bercadang untuk sambut besday Pn Zai pada 15.02.2016(Isnin).....kek saya dah tempeh lebih awal, almaklumla saya jer staf perempuan yang ada, all my bos lelaki....lelaki ni xdele teliti sangat bab2 nak tempeh kek ni...jadi ni la tugas saya.....kali ni saya memberi kepercayaan pada ig: mummycanbake untuk membuat kek besday Pn Zai iaitu "Victoria Cake" 
Pagi 15.02.2016 (Isnin) bos pulak ada Majlis Perutusan Khas Tahun Baru Menteri Pertahanan, so kena tunggu bos la baru meriah coz sebab anak buah nya besday kan...... 
Kul 11.00pagi gak la....baru leh celebrate besday Pn Zai.....nak nangis kan kena surprise ngn kami!!!! anyway happy besday Pn Zai......moga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu dan jd mama/isteri yang terbaik dunia dan akhirat.....





Celebration Kedua
Surprise kali kedua ni kira surprise personal dari saya dan Pn Nakiah.....almaklumla kami bertiga pernah berkeje di Unit sama untuk beberapa bulan jer....erm nak wat camner khidmat Pn Nakiah diperlukan ditempat lain.....
Kali ni Pn Nakiah yang order kek....oleh kerana Pn Zai suka kek Brownies, kitaorang decide order kek Brownies....kebetulan pada 16.02.2016 Pn Zai sibuk dengan unit baru UHT, so maybe dia xperasan apa yang kami rancang....biarpun saya dengan Pn Nakiah tidak satu opis tapi kami rancang sebaik mungkin agar dia xperasan, sampai saya amik kek pun dia xperasan.....
Agak lewat gakla nak surprise Pn Zai...akhirnya menjadi gak surprise kami.....yang mushkil tentang Pn Zai ialah tentang reaksi muka dia, xnampak dia suka ker? dia sedih ke....bak kata orang cam xde perasaan jer....anyway apa2pun Happy Besday Pn Zai......



Pandora "Unforgettable Moments"

Arini nak cite pasal Pandora, dari dulu memang nak sangat pakai Pandora tapi tule budget asyik lari jer……dulu bila cite pasal Pandora kat adik beradik perempuan semua cam tak bagi sokongan, yela mahal la….banyak sangat alasan…..tapi segalanya berubah pada tahun 2016…..merekalah yang beria2 suruh saya beli Pandora, so terjebaklah saya pada Pandora tanpa disengajakan….


Masa nak beli Pandora ni mmg minta izin kat en suami la sebab barang ni mahal, takut jugakla dia xsuka…Alhamdulillah en suami izinkan….bermula permulaan saya berpandora, tapi saya pegang satu prinsip dalam berpandora ini “janji ada”  saya cuba kawal nafsu dalam membeli charm, almaklumla harga dia mahal….kussss semangat!!! Lagipun ada anak kecik, banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan……
Bermula episode berpandora…
PANDORA KLCC

 

 

 

cukuplah ini jer....yang saya mampu beli setakat ini.....thanks en suami & my twin sbb hadiahkan Pandora ini pada saya......saya sungguh menghargainya. Alhamdulillah
 
 
 


Rabu, 2 Mac 2016

AirTangan: Mee Bandung

Dah lama rasanya nak update pasal menu Mee Bandung, asyik tak sempat jer....meh, saya bagi resepi Mee Bandung….saya merupakan pengemar Mee Bandung, nak cari resepi ni agak susah sbb bila tanya en google  banyak lak resepi mee bandung yang keluar, so saya pilihla resepi yang dekat dihati….thnks pada blog www.azlitamasammanis.com, sebab saya rasa menu yang dikongsi tu dekat dihati saya dan saya cuma ubahsuai sedikit resepi  bagi memenuhi citarasa saya sekeluarga .....Selamat Mencuba!!!!!!
 

MEE BANDUNG

Bahan-Bahan:

5 ~ 6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering ~ dipotong, rendam hingga lembut dan dikisar
segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dikisar halus
1 paket udang kering (2 sudu besar) ~ dikisar

300 gram daging ~ potong nipis (boleh guna daging ayam bagi yang tidak suka daging)
sedikit udang segar
sedikit sotong segar
4 biji telur

6 sudu sos cili (Life)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis

Garam secukup rasa
1 sudu besar gula

2 sudu tepung jagung
air secukupnya 
1 batang lobak merah – dihiris
1 paket bunga jagung – dibelah dan dipotong dua
1 ikat sawi ~ dicelur

2 bungkus mee kuning ~ dicelur
limau kasturi

daun sup

Tambahan:
Tauhu goreng
bawang goreng
Cili jeruk

Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya. (bawang merah + bawang putih + cili kering + udang kering)

Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (yang telah direbus terlebih dahulu)
Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, garam & gula secukup rasa.
Kacau rata semua bahan dan masukkan hirisan lobak merah dan bunga jagung.

Masukkan udang dan sotong ke dalam kuah tersebut. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacang tanah yang telah dikisar dan sayur sawi. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak
Setelah telur masak, tutup api dapur. Mee kuning tadi celurkan dengan air panas.

 Untuk Hidangan: Ambil mee kuning dan masukkan ke dalam mangkuk, letak kuah dan tambahkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Kalo suka boleh tambah tauhu, fish ball atau cili jeruk.