Ahad, 28 Februari 2016

Airtangan: Laksa Sarawak


Resepi Laksa Sarawak
 
Cuti hujung minggu kali ni (28.02.2016) tergerak hati nak mencuba untuk memasak
Laksa Sarawak, lama rasanya tak makan....dulu masa seopis dengan seorang
pegawai ni rajin jugak la dapat menikmati Laksa Sarawak...bila dah berlainan
opis susahlah sikit, nak ke Sarawak entah bila pulak....
 
Last-last ada officer kat sini pergi kursus ke Sarawak, apa lagi kirim pes Laksa Sarawak la Nampak gayanya. Orang kata beli pes dia lagi senang daripada nak buat pes dia....hihihi boleh jer kalo nak buat tapi cik Malas ni besar sangat dah....dapatlah 2 bungkus pes Laksa Sarawak Hj Manan....
 
Cuti kali ni gagahkanlah juga untuk masak, en suami memang tak pernah makan (ttiba terfikir kang dah masak payah2 last2 dia xmakan, mesti hancur hati dan perasaan) tapi nekad gaklah....walaupun dah ada pes saya still gak tanya en Google....
kalo tanya en Google memang banyakla resepi Laksa Sarawak ni tapi sebab saya yang nak masak so saya kena tapis mana yang saya rasakan ianya sesuai dengan jiwa saya.....
akhirnya saya memilih resepi Laksa Sarawak ni dari blog: DayangJack@DapurKu SaYang.....http://dayangjack.blogspot.my/2012/02/laksa-sarawak.html
 
Bila cuba menu baru dan saya memang tak familiar dengan rasa dan resepi ni saya kena ikut satu2 resepi ini tanpa menderhaka....Nampak macam susah tapi sebenarnya enjoy bila mencuba resepi baru ni....Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyediakan Laksa Sarawak ni dan perkara yang paling mencabar adalah untuk menghidangkannya pada en suami yang baru first time nak rasa dan makan menu ni......
mula2 en suami agak confuse, tentang rasa Laksa Sarwak ni tapi saya yakinkan en suami yang Laksa Sarawak ni sedap dan dia kena cuba, xsalah mencuba mana tahu dia akan menjadi menu kegemaran suatu ari nanti.....
 
Tika saya menghidangkan semangkuk Laksa Sarawak ni en suami macam tak yakin untuk makan mybe dia risau tentang rasa.....
bila en suami makan saya tanya sedap x? akhirnya perkataan yang keluar dari mulut en suami buat saya tersenyum kepuasaan bila en suami puji sedap.....
penat memasak hilang serta merta....
 
Ok, di sini saya sertakan resepi Laksa Sarawak untuk kawan-kawan cuba dan nikmati.....inshaAllah hasilnya tidak menghampakan....thanks pada empunya resepi dayangjack....Selamat Mencuba....Unik masakan Malaysia ni....
 
 
 

Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm

  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :

  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
 
Laksa Sarawak (Menggunakan Pes)
Bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat

 
 
 
 

Khamis, 25 Februari 2016

Penulisan: Lina Karim " Jangan Memandang Rendah Pada Sebuah Doa"

 
Kiriman Emel dari Pn Lina Karim saban waktu buat saya tersedar banyak perkara dalam mendidik anak.....Saya sangat mengidolakan beliau dalam mendidik anak....terima kasih Pn Lina Karim di atas segala perkongsian ini pada saya....dan mulai arini saya akan cuba syer perkongsian Pn Lina Karim pada saya kepada rakan2 saya yang lain, agar dapat memberi impak yang besar dalam mendidik anak2....

 
Baru-baru ini saya mendengar keluhan seseorang... sudah bertahun-tahun saya berdoa benda yang sama tetapi masih belum terkabul. Yang paling terbaru, ada seseorang berkata dengan saya, sudah 4 tahun dia mengamalkan satu doa yang dikatakan untuk kaya dan sihat, tetapi tetap tidak kaya dan masih sakit. Memanglah sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan apa yang ada. Namun manusia tetap mahukan lebih. Bagi saya, untuk mata pelajaran 'BERDOA' sahaja, ianya satu subjek perbincangan yang panjang yang antara senarainya :
  1. Bagaimana berdoa,
  2. Hari mustajab untuk berdoa,
  3. Keadaan dan masa terbaik untuk berdoa,
  4. Perkara yang membuat sebuah doa tertolak,
  5. Siapa yang lebih baik berdoa untuk siapa dan sebagainya.
Ia bukanlah hanya satu perbuatan menadah tangan dan mengeluarkan kata-kata yang sama setiap hari. Maka sesiapa yang serius mengharap doanya terkabul, carilah ilmu berdoa itu. Dan jangan lupa, selepas berdoa kita perlu berusaha dan bertawakkallah selepas itu. Contoh mudah, jika saya berdoa untuk anak saya boleh menghafal al Quran ketika kecil, anak saya tidak akan menghafal 'dengan tiba-tiba' atau 'dengan sendirinya' (magic) jika tidak saya berusaha untuk mengajarnya untuk menghafal. Dan jangan pula berkata jika kita berusaha, tentulah kita dapat! Ia tidak begitu. Jika kita antara orang yang memerhati, kita dapat lihat betapa ramai orang yang berusaha tetapi gagal. Contohnya dalam perniagaan, ramai manusia berusaha tetapi gagal kerana tidak mendapat izinNya.
Seperti yang kita tahu, beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan doa ibu adalah antara doa yang mustajab. Maka janganlah kita ambil ringan dengan kelebihan yang diberikan kepada seorang ibu. Ramai ibu modern yang kesibukan, terlupa untuk berdoa untuk diri sendiri apa lagi berdoa untuk anak-anak. Jangan tunggu anak kita bermasalah dan memeningkan kepala, baru kita teringat untuk berdoa. Senario biasa manusia adalah seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah. Berdoalah seawal yang boleh. Jika berkesempatan, yang terbaik adalah berdoa sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini. Jika tidak, berdoalah ketika mereka masih suci belum lagi dipertanggungkan dosa. Jika itu pun sudah terlepas, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Wahai ibu-ibu, berdoalah..
Saya ungkapkan semula kata-kata imam Syafie :
"Tidak ada salahnya kamu berdoa samada diwaktu siang atau malam. Renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya. Doa yang ikhlas itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah menembusi tubuh. Maka, janganlah kamu menganggap kecil dan memandang rendah pada sebuah doa."

Berdoalah dengan ikhlas untuk kejayaan anak kita. Buanglah rasa cemburu dan dengki pada kejayaan orang lain kerana ia akan menghilangkan keikhlasan itu dan menyebabkan doa kita sukar untuk dikabulkan. Juga berdoalah untuk orang lain tanpa mengetahui orang yang didoakan itu mengetahuinya kerana malaikat akan mengaminkan doa tersebut sambil berkata "..dan untuk kamu doa yang sama  juga". Marilah kita bertukar-tukar doa.. InsyaAllah.
Ikhlas dari,
Lina Karim
 
 
 
 

Rabu, 24 Februari 2016

Kelas Masakan: Nasi Beriani


Alhamdulillah Allah gerakkan hati ini untuk tambah ilmu dalam bidang masakan, memang tidak dinafikan Allah beri saya kelebihan ini tapi tidak semua perkara yg saya tahu....yela kalo masak untuk sorang dua mungkin boleh tapi untuk masa lebih dari itu mungkin saya kena belajar.....saya bersyukur sangat sebab suami memahami minat saya.....dari membantu emak memasak  masa dizaman remaja, akhirnya saya mampu menghidangkan makanan dari airtangan sy sendiri pada suami dan si kembar.....

 
Apa yg saya perhatikan trend sekarang adalah belajar membaking kek, saya minat untuk membaking cuma saya selalu mendapat kritikan negative drpd en suami....so, terus terkubur tapi itu salah satu cabaran bagi saya...inshaAllah suatu arinnti....
so berbalik pada kelas Nasi Beriani, Kelas ini diadakan pada 13 Februari 2016 di Puchong kelolaan Akademik Masakan Komerisial Ummi Ani...bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dengan bayaran RM150.00, kelas tu mengajar Set Nasi Beriani....(Nasi Beriani + Daging Beriani + Ayam Masak Ros, Dalca, Acar Tahun/Buah, Jelatah, Acar Bombay & Puding Karamel)

 
Memang teruja pergi kelas ini sebab banyak yang saya belajar, yela dari cara basuh ayam hinggalah memasak nasi tanpa menggunakan Rice Cooker......Berbaloi dengan bayaran yang dikenakan, kekadang bukan kita tidak pandai masak tapi teknik tu yang penting, dan yang paling saya suka sebab saya tahu sukatan yang betul untuk setiap menu....maksudnya kalo 1 kg beras berapa air/susu yang diperlukan, dan berapa orang yang boleh makan.....itu penting, saya bukan hendak berniaga makanan tapi saya cuma ingin tahu ilmu itu kerana tidak semua ilmu kita boleh dapat dari en google.....
untuk next saya akan update resepi setiap menu yang saya belajar....untuk dijadikan panduan dan rujukan.....
Selepas ini saya bercadang nak mengikuti Kelas Memasak Nasi Lemak dengan 10 jenis lauk....tak rugi cari ilmu, kerana ilmu tidak akan buat kita papa....dan ianya merupakan satu pelaburan jangka masa panjang....doakan saya terus istiqomah dalam mencari ilmu ini....moga airtangan saya terus dirindui oleh suami, si kembar, keluarga dan rakan2....."rezeki yang ada dikongsi bersama"

 
 
 
 
I

Selasa, 23 Februari 2016

Opis: Hadiah My Bos (TSUB CPS)

 
 
Bila bos perempuan posting, perkara pertama yg terlintas adalah hadiah......hadiah yang kami rasakan sesuai adalah sehelai telekung, mungkin ada sesetengah orang suka hadiahkan tudung, kain pasang atau pen...tp bagi saya hadiah yg paling bermakna adalah sehelai telekung.....yela kekadang tu nak bagi handbag, handbag yang bos pakai lagi mahal dr budget hadiah yang ada.....nak bagi jam, jam bos pun jam berjenama.....mahu kami semua kerut dahi nak cari budget.....

telekung ni satu hadiah yg sgt simbolik....lagi-lagi kalo dapat telekung jenama "Siti Khadijah" ni......

banyak-banyak telekung yang pernah saya pakai, telekung "Siti Khadijah" ini tidak mengecewakan.....kainnya sangat berkualiti, bila pakai terasa sejuk.....bg saya secara peribadi harganya sesuai dengan kualitinya.....tidak salah berbelanja mahal sikit demi keselesaan....ala telekung pun bukan nak beli tiap2 bulan, kalo kita bole beli handbag beriban-riban apasalahnya beli sehelai telekung yang selesa......
Klasik
banyak-banyak telekung yang pernah saya pakai, telekung "Siti Khadijah" ini tidak mengecewakan.....kainnya sangat berkualiti, bila pakai terasa sejuk.....bg saya secara peribadi harganya sesuai dengan kualitinya.....tidak salah berbelanja mahal sikit demi keselesaan....ala telekung pun bukan nak beli tiap2 bulan, kalo kita bole beli handbag beriban-riban apasalahnya beli sehelai telekung yang selesa......
 
Dah tak perlu nak balut-balut, bagi macam ni jer....

 
Selamat Berposting My Bos!!! Moga terus sukses di tempat baru.....
 

Selasa, 2 Februari 2016

Airtangan: Soto Ayam


SOTO AYAM
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

Bahan Untuk Kuah Soto
2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan
2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup "ADABI"
1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

Bahan Kisar Halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup

Bahan Lada Kicap
10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis

Bahan-bahan Lain
Nasi Impit
Tauhu, goreng dan dihiris
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel (resipi dibawah)
Kacang tanah goreng

Cara membuat kuahnya

Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan kacau goreng hingga terbit minyak.
Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau hingga rata.
Masak guna api sederhana.
Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas titik.
Kacau hingga rata.
Tuang air anggaran 3 - 4 liter.
Masukkan 1 camca teh garam dan masak dgn api sederhana.
Biar merenih 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing.
Angkat, toskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus. Ketepikan.

Penyedian Soto
Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dan taugeh.
Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).

Untuk Lada Kicap
Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.

BEGEDIL

Bahan-bahannya

5 biji kentang
1/2 cawan bawang goreng
1 camca besar hirisan daun sup
1 camca besar hirisan daun bawang
1 camca teh rempah sup "ADABI"
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
Sedikit tepung gandum untuk menyalut begedel
1 biji telur, dikacau sedikit dgn garfu

Cara membuatnya
Kentang dipotong bulat dan goreng hingga empuk.
Angkat dan toskan.
Lenyek hingga lumat.
Kemudian masukkan kesemua bahan2 di atas kecuali telur dan tepung gandum.
Gaul hingga rata.
Ambil adunan tadi (anggaran 1 camca teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dgn tepung gandum dan letak dalam satu bekas.
Buat hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) lebih kurang 1/3 kuali.
Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan.
Gunakan api sederhana.
Goreng hingga habis. Toskan atas paper towel

Airtangan: Nasi Hujan Panas

 
Bekal untuk arini

NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

Blog : Azlita Masam Manis

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia


Cara-Cara Penyediaan

Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai