#throwback
3 Jun 2016 (Jumaat) aritu kitaorg sempat wat makan2 sempena nak menyambut Bulan Ramadhan (2016), sebenarnya tak rancang pun nak wat makan-makan ni cuma idea tu datang sepontan jer dari kawan-kawan opis.....bayangkan 2 jun 2016 nyer idea, terus esoknya nak jadi...so nak tak nak kena wat gak, setiap orang kena menyumbangkan apa-apa saja untuk menjayakan rancangan tersebut.....
Bila cite pasal potluck, saya la orang yg paling tak tahu nak masak apa disebabkan kekangan masa yang ada dan bahan2 yang ada dirumah.....yela, last2 minit nyer rancangan inila jadinya....kekawan ada yang nak masak spagethi Olio Aglio, Nasi Lemak, Cucur Ayam, Buah2an Oversea, & Polistren (pinggan, magkuk, sudu, cawan).....tiba giliran saya....saya buat benda yang saya rasa mudah....saya dan pn zai bersepakat untuk wat Bee Hoon Soto....Saya buat kuah, sambal kicap, carik2 ayam, Soo Hoon Goreng & taugeh...pn zai bawak Bee Hoon yang telah dicelur, daun sup, bawang goreng & kacang tanah....kami kena sepakat....hahaha sebab perancangan last minit....
Balik umah terus cakap dengan suami nak g Giant beli ayam dengan sikit keperluan untuk masak soto.....beli bahan2 andthn balik umah, sampai umah layan my twin dulu baru prepare bahan2 untuk masak kuah soto.....
sebenarnya apa yang bermain dikepala adalah macamana nak bawak kuah soto tu esok, almaklumla malas nak bawak thermos makanan.....sebab nampak sangat bawak makanan....time masak malam tu dapat idea untuk buat pes soto adnthn sampai opis letak pes dalam periuk nasi tambah air, ayam dan garam.....
Malam tu gigih buat pes soto, (masak dengan kasih sayang ok).....sejuk kan pes baru masukkan kat tempat frozen.....
esok pagi bawak ke opis, pes dah keras sikit senangla nak bawak.....
Pagi-pagi (3 Jun 2016) sampai opis terus keluarkan 2 rice cooker untuk buat kuah soto.....masukkan pes andthn masukkan air dan garam....huhuhu senangnya keje (selama ini xpernah terfikir pun).....sementara tunggu majlis bermula, kuah soto pun dah masak.....
Inilah hasil daripada potluck kekawan opis.....Alhamdulillah walaupun nampak sikit tapi cukup untuk kekawan opis dan opis orang lain gak....
My soto ni adalah makanan kegemaran keluarga saya dan keluarga mertua saya.....saya memang xpernah masak soto untuk kekawan opis, kira first time buat di opis.....Alhamdulillah dapat pujian yang memberangsangkan, siap ada orang cakap kalo buka kedai ramai orang beratur (bukan nak puji diri sendiri) tapi itu antara komen2 positif, ni yang teruja untuk terus memasak......bagi saya secara peribadi soto ni sedap kerana kuah dan sambal kicap....oopss lupa nak gtahu, sambal kicap ni unik (hanya orang Johor jer yang memang arif tentang kejadian sambal kicap ni)....sapa nak belajar sambal kicap ni meh bagi pengeras, baru boleh ajar....huhuhu, sambal kicap ni kalo pandai buat leh bertahan berbulan2....
Okla ini ajer nak cite untuk post kali ni.....nnti kita citer post lain lak....huhuhu
Assalamulaikum....
Mama Twin
#masakdengancinta
#airtanganmamamusaismail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan