Jumaat, 10 Jun 2016

Persediaan Ramadhan

Sekejap jer masa berlalu....dalam diam tak diam berjumpa kembali Ramadhan, seperti tahun tahun sebelum ni, bila menjelang Ramadhan banyak persiapan yang perlu diambilkira.....kebiasaannya yang perlu diutamakan adalah barang dapur kering dan basah sahaja....almaklumla, nak masak juadah berbuka dan bersahur.....azam tahun ni nak masak sendiri kedua2 juadah....arap2 tak adalah hangat-hangat tahi ayam....

Barang dapur kering kali ini saya dan suami shopping di Mydin, manakala barang basah seperti bawang dan sayur di NSK manakala ayam dan daging di Pasar Keramat......

inilah hasilnya barang-barang kering yang dibeli di Mydin.......



Borong bahan basah (sayur dan buah) di NSK Selayang
Inilah hasilnya.......





Balik rumah terus siap-siapkan semua bahan2 masukkan ke dalam tupperware...senang nak masak nanti.....

Ok nanti, kita post hasil daripada bahan-bahan yang telah dibeli ini.....

Mama Twin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan