Khamis, 16 Jun 2016

Iftar Hari Kedua 07.06.2016

Sagu Gula Melaka


Nasi Daging

Nasi sebelum masak sepenuhnya

Daging Dendeng

Pajeri Terung

Air Asam

Jus Mangga


Gambar yang diupload di FB

#menuramadhanmamatwin
#airtanganmamamusaismail

Mama Twin
17.06.16
 

Ahad, 12 Jun 2016

Iftar Hari Pertama


Asslamualaikum  dan Salam Ramadhan.....
 
Menu Hari Pertama Berpuasa.......
Resepi Nasi Hujan Panas

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin
Blog: azlitamasammanis

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia


Cara-cara:
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai
Resepi Acar Timun Lobak

Acar Timun Mentah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
1 sudu cuka makan
gula pasir
Garam

Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.


Resepi Telur Kurma

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur | direbus
300 gm rempah kurma
125 ml air
60 ml santan
3 biji kentang | dipotong dadu
Minyak untuk menumis
 
(A)
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
 
(B)
7 ulas bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 cm halia | dikisar
  
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan bahan B dan tumis lagi sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan rempah kurma dan tumis sehingga wangi .
4. Masukkan air dan kentang, biarkan sehingga kentang empuk.
5. Kemudian masukkan santan dan telur rebus, biarkan 15 minit dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi Ayam Masak Merah
 
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal
 
Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
 
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
 
Cara cara:
 
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
 Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
 

Jus Tembikai
 
 
 
 
 
 
 
 

Resepi Bubur Jagung

Bahan-bahan: 
2 tongkol jagung manis mentah (dihiris nipis)
30gm sagu (basuh dan tos)
Secubit garam
100ml santan pekat
1.5 liter air (campur bersama santan)
15 gm gula merah
30gm  gula pasir
 
Cara memasak:
 
1. Basuh sagu dan tos. Pastikan sagu dibasuh sekali saja dan elakkan dari merendam sagu itu.
2. Masukkan jagung yang telah dihiris ke dalam periuk.
3. Masukkan santan pekat yang dicampur dengan air dan garam ke dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih.
4. Setelah itu, masukkan sagu, gula merah, dan gula pasir. Kacau lagi sehingga sagu bertukar jernih
 
 
 
Mama Twin
 






Jumaat, 10 Jun 2016

Persediaan Ramadhan

Sekejap jer masa berlalu....dalam diam tak diam berjumpa kembali Ramadhan, seperti tahun tahun sebelum ni, bila menjelang Ramadhan banyak persiapan yang perlu diambilkira.....kebiasaannya yang perlu diutamakan adalah barang dapur kering dan basah sahaja....almaklumla, nak masak juadah berbuka dan bersahur.....azam tahun ni nak masak sendiri kedua2 juadah....arap2 tak adalah hangat-hangat tahi ayam....

Barang dapur kering kali ini saya dan suami shopping di Mydin, manakala barang basah seperti bawang dan sayur di NSK manakala ayam dan daging di Pasar Keramat......

inilah hasilnya barang-barang kering yang dibeli di Mydin.......



Borong bahan basah (sayur dan buah) di NSK Selayang
Inilah hasilnya.......





Balik rumah terus siap-siapkan semua bahan2 masukkan ke dalam tupperware...senang nak masak nanti.....

Ok nanti, kita post hasil daripada bahan-bahan yang telah dibeli ini.....

Mama Twin


Selasa, 7 Jun 2016

Potluck Sebelum Bulan Ramadhan (Tahun 2016)

#throwback
3 Jun 2016 (Jumaat) aritu kitaorg sempat wat makan2 sempena nak menyambut Bulan Ramadhan (2016), sebenarnya tak rancang pun nak wat makan-makan ni cuma idea tu datang sepontan jer dari kawan-kawan opis.....bayangkan 2 jun 2016 nyer idea, terus esoknya nak jadi...so nak tak nak kena wat gak, setiap orang kena menyumbangkan apa-apa saja untuk menjayakan rancangan tersebut.....
 
Bila cite pasal potluck, saya la orang yg paling tak tahu nak masak apa disebabkan kekangan masa yang ada dan bahan2 yang ada dirumah.....yela, last2 minit nyer rancangan inila jadinya....kekawan ada yang nak masak spagethi Olio Aglio, Nasi Lemak, Cucur Ayam, Buah2an Oversea, & Polistren (pinggan, magkuk, sudu, cawan).....tiba giliran saya....saya buat benda yang saya rasa mudah....saya dan pn zai bersepakat untuk wat Bee Hoon Soto....Saya buat kuah, sambal kicap, carik2 ayam, Soo Hoon Goreng  & taugeh...pn zai bawak Bee Hoon yang telah dicelur, daun sup, bawang goreng & kacang tanah....kami kena sepakat....hahaha sebab perancangan last minit....
 
Balik umah terus cakap dengan suami nak g Giant beli ayam dengan sikit keperluan untuk masak soto.....beli bahan2 andthn balik umah, sampai umah layan my twin dulu baru prepare bahan2 untuk masak kuah soto.....
 
sebenarnya apa yang bermain dikepala adalah macamana nak bawak kuah soto tu esok, almaklumla malas nak bawak thermos makanan.....sebab nampak sangat bawak makanan....time masak malam tu dapat idea untuk buat pes soto adnthn sampai opis letak pes dalam periuk nasi tambah air, ayam dan garam.....
 
Malam tu gigih buat pes soto, (masak dengan kasih sayang ok).....sejuk kan pes baru masukkan kat tempat frozen.....
esok pagi bawak ke opis, pes dah keras sikit senangla nak bawak.....
 


Pagi-pagi (3 Jun 2016) sampai opis terus keluarkan 2 rice cooker untuk buat kuah soto.....masukkan pes andthn masukkan air dan garam....huhuhu senangnya keje (selama ini xpernah terfikir pun).....sementara tunggu majlis bermula, kuah soto pun dah masak.....
 




 

Inilah hasil daripada potluck kekawan opis.....Alhamdulillah walaupun nampak sikit tapi cukup untuk kekawan opis dan opis orang lain gak....
 
 
My soto ni adalah makanan kegemaran keluarga saya dan keluarga mertua saya.....saya memang xpernah masak soto untuk kekawan opis, kira first time buat di opis.....Alhamdulillah dapat pujian yang memberangsangkan, siap ada orang cakap kalo buka kedai ramai orang beratur (bukan nak puji diri sendiri) tapi itu antara komen2 positif, ni yang teruja untuk terus memasak......bagi saya secara peribadi soto ni sedap kerana kuah dan sambal kicap....oopss lupa nak gtahu, sambal kicap ni unik (hanya orang Johor jer yang memang arif tentang kejadian sambal kicap ni)....sapa nak belajar sambal kicap ni meh bagi pengeras, baru boleh ajar....huhuhu, sambal kicap ni kalo pandai buat leh bertahan berbulan2.... 
 
 
 Okla ini ajer nak cite untuk post kali ni.....nnti kita citer post lain lak....huhuhu
 
Assalamulaikum....
 
Mama Twin
#masakdengancinta
#airtanganmamamusaismail
 

Sabtu, 4 Jun 2016

Mama Twin: Coretan Hati

Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya x update blog ni, rasanya ada dekat sebulan.....almaklum kesibukan tugas di opis andthn bz dengan my twin.....sebenarnya banyak coretan yg tertunda dek kerana kesibukan......bak kata org tua2 kita merancang ketentuanNya dr Allah.......
Sekejap jer masa berlalu, diam x diam kita akan menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelma x lama lagi....alhamdulillah kalo diizinkan Allah ini Ramadhan ke3 kami bersama My Twin.....First Ramadhan pada tahun 2014 masa tu twin baru 3 bulan, Second Ramadhan pd tahun 2015 twin 1 tahun 3 bulan and this year 2016 Ramadhan ke3 kami, twin 2 tahun 3 bulan......
Seperti tahun2 sebelum ni azam adalah untuk jadi lebih baik dr tahun2 sebelum ini.....cuma kali terasa sedih sedikit coz dah x breastfeed my twin....huhuhu (tetiba hati sayu) sbb itula moment yang terindah sepanjang bergelar seorang mama.....

Tahun ini inshaAllah juadah berbuka puasa dari airtangan sendiri.....entah sejak bergelar mama terasa bahawa airtangan ini la yg akan menjadi pengikat rasa sayang dan cinta mama pada my twin and pengikat syg seorang isteri pada suami yang tercinta......akan digagahi juga kudrat ini utk mmberi yang terbaik pada mereka....kerana mereka adalah nyawa diri ini.....

Setiap tahun menjelang Ramadhan sy la org paling bz membuat jadual juadah berbuka puasa setiap hari tanpa gagal....cuma tahun ini akan ada keje extra coz waktu siang my twin akan makan, andthn mama akan listkan juga menu utk kalian ber2 waktu siang....(jadual nnti akan saya update pada post sy akan datang).....

Inilah rupanya kehidupan seorang wanita bergelar isteri dan mama....indahnya hidup ini, lengkapnya sebuah perkahwinan dengan kehadiran mereka ber2....acapkali berpisah ke pejabat atau ke mana2 saja rasa rindu itu sering bertandang, bila makan makanan yg sedap di luar kepala terus menerawang teringat mereka b2....baru saya tahu inilah yang dirasai oleh semua wanita diluar sana....harapan saya moga saya terus jadi mama terbaik pada Amanah Allah ini.....Muhammad Qayl Zhafran Musa & Muhammad Qayl Zhafry Ismail.....cinta mama dan papa xkan pernah pudar pada kalian berdua....doakan mama dan papa utk jadi mama dan papa terhebat di mata kamu b2....I Love You....

Mama Twin