Ahad, 20 Mac 2016

Twin: Hari Hutan Antarabangsa 2016

19.03.2016 (Saturday)
Seperti minggu kebiasaannya bila cuti hujung minggu kami akan merancang aktiviti untuk my twin, almaklumla dah seminggu twin duduk rumah. Mesti diaorang bosan, kita yang dah tua ni pun bosan kalo dok umah lelama inikan pula budak kecil....so, minggu ni papa kata kat FRIM ada program iaitu "Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2016" nak bawak twin g sana....bila tanya kat mama apa ag proceed jela lgpun acara tu pagi, xpanas. Sekarang ni mmg berjaga2 sbb cuaca.
Bangun pagi2 twin dah amik shoes, tu tanda nak ajak jalan la tu....kami pun bsiap, kuar jer dari pintu grill rumah bukan main suka twin....cam xpernah keluar, sebelum ke FRIM kami singgah breakfast jap....lpstu baru g FRIM. Twin mmg sgt seronok, main sakan dan yang penting depa teruja dengan alam sekitar, itu yang kami suami isteri ingin terapkan....jom kita tgok gambar2 twin...
 

 
 



 

 








 




 


 
 
Kitaorang balik dalam kul 10.30 pagi, tak tunggu perasmian sebab cuaca dah panas sangat. Sejak ada twin ni keutamaan saya adalah pada kesihatan mereka berdua....lagipun twin baru baik dari tidak sihat.....
 

Khamis, 17 Mac 2016

Twin: Throwback 1st Birthday

Tetiba pagi2 ni mood nak update pasal throwback 1st besday my twin.....9 tahun tunggu, so ni la masanya nak buat sesuatu yang leh kami dan twin ingat dan create memory.....almaklumla umur setahun sekali jer....mula2 tu memang merancang nak jemput kekawan dan jiran tetangga tapi memandangkan twin baru baik dari tidak sihat, kami pun ambil keputusan untuk sambut secara sederhana di rumah.....
Tema 1st besday twin adalah "PORORO"....jenuh meng"Google" design kek untuk my twin....akhirnya dapat gak idea. Macam biasa, episode mencari orang yang pandai buat kek....akhirnya mama memilih Lily Maya Cakes....sebab pernah nampak akak ni dalam satu slot rancangan di TV3.... huhuhu bila berurusan dengan akak ni nampak mudah, lepas tanya harga dan mama serahkan kepercayaan ni pada Lily Maya Cakes untuk merealisasikan impian mama & papa....
Inilah hasilnya...........sungguh mengujakan!!! thnks Lily Maya Cakes.....Mama anya mampu masak Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kurma Telur, Jelatah Timun Nanas, Bubur Merah Bubur Putih & Pulut Kuning.....huhuhu berpeluh2 berperang didapur, rasa puas sebab dapat menghidangkan semua juadah ini pada keluarga...penantian 9 tahun buat mama excited untuk sambut 1st Besday kalian berdua....terima kasih Allah atas nikmat ini....memberi pinjam mereka pada kami, mengisi kekosongan kami, memberi kami satu tanggungjawab yang besar mendidik kalian berdua.........
 
Happy 1st Birthday My Twin, mama & papa love you all......
 
"MUHAMMAD QAYL ZHAFRAN MUSA
&
MUHAMMAD QAYL ZHAFRY ISMAIL"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

AirTangan: Bubur Merah Bubur Putih

Dari semalam dok terfikir nak buat Bubur Merah Bubur Putih, almaklumla masa besday twin aritu xsempat nak buat lagipun kalo buat beria pun bukan ada orang nak makan....penat masak andthen tong sampah yang makan, jadi terfikirla apakata masak Bubur Merah Bubur Putih ni andthen bawak g opis....simbolik Bubur Merah Bubur Putih ni bagi orang Johor adalah lambang tradisi masyarakat melayu, terutama mereka yang berketurunan jawa (macam saya) sebagai tanda kesyukuran dan kesempurnaan pada sesuatu peristiwa baik.
 
Bubur Merah Bubur Putih ni dibuat daripada beras pulut dan santan yang diolah menjadi satu manisan. Rasa bubur ni sangat unik Bubur Merah tu rasa lemak2 manis (campuran gula merah + gula Melaka), manakala Bubur Putih tu rasa lemak2 santan (campuran sedikit garam).  

Bila balik keje tu bersungguh ajak suami g Giant untuk beli bahan2 untuk buat bubur ni, sampai Giant terus beli bahan2 yang terfikir di kepala otak  ni....malas nak tulis sebab confirm nanti kertas tu letak kat mana2...
Balik jer rumah twin baru bangun tido, sambil melayan twin sambil2 tu gak timbang beras pulut tu, cuci dan toskan dulu....sebenarnya xtahu nak buat berapa banyak sebab bubur ni xsemua orang tahu, takut orang xmakan jer....tapi cekalkan hati, dan niat buat bubur ni sebab tanda syukur twin dah 2 tahun. Yang penting niat kita, andthen cakap dalam diri kalo saya xteruskan tradisi ni sapa lagi takut esok anak cucu xtahu tentang kewujudan bubur ni lagi2 suami bukan orang Johor......
So, inilah resepi yang saya ikut semasa memasak Bubur Merah Bubur Putih ni dan ditambah dengan airtangan saya berserta kasih sayang....thnks pada
empunya resepi tiffinbiru.com....biarpun saya orang Johor tapi saya tidak diajar secara bertulis oleh emak saya...nasib baik zaman sekarang ada en Google....
 
RESEPI BUBUR MERAH BUBUR PUTIH
daripada: tiffinbiru.com dan diubahsuai mengikut citarasa diri sendiri
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram pulut susu, cuci dan rendam sekejap (anggara 30 minit)
5 cawan air
2 kotak santan
3 helai daun pandan
4 - 5 camca besar gula merah*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
2 - 3 camca besar gula Melaka (bergantung pada tahap kemanisan)
Garam secukup rasa
Air jika perlu
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam periuk bersama2 air dan daun pandan, Masak dengan api kecil hingga pulut kembang. Kacau sekali sekala. Kemudian tuang pati santan dan kacau rata dan biarkan mendidih sekejap.
  2. Cedok keluar kurang lebih 3/4 cawan dan masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati (hingga terasa lemak2 masin). Bakinya masukkkan air gula melaka, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih, kalau kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula lagi. Tambah air jika terlalu pekat. Matikan api.
  3. Cedok secukupnya bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan sedikit (atau secukupnya) bubur putih atas bubur merah. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!.
Ni untuk kekawan opis mama
 
     

Selasa, 15 Mac 2016

Airtangan: Menu 16.03.2016

Sejak twin xberapa nak sihat ni mood masak pun ke laut, mmg ada jadual tapi langgar tanpa rasa bersalah....buat yang mudah jer sebab sekarang twin akan tido pukul 5.00 petang dan bangun kul 9.00 malam. Lepastu tido balik kul 12.00 tengah malam......mahu mama jadi burung hantu, alahai twin....tapi yang ok pagi diaorg akan bangun lewat sikit, bangun lewat pun kul 6.00pagi dah cari kita kat dapur....mama mama mama....erm!!!

so, arini mama masak Nasi Lemak Ayam Goreng (Upin Ipin)....hihihi Mak Long cakap sejak twin xsihat ni twin kurang makan, patutpun nasi yang mama masak xhabis, huhuhu kurusla twin mama. Ermmm....arini mama masaklah makanan kegemaran twin Ayam Goreng.....dengan harapan twin akan makan banyak sikit berbanding semalam......hati seorang mama risau bila anak xmakan, seperti biasa pagi2 mama akan tapaukan bekal untuk papa, arini mama xbawak bekal sebab ada meeting....agpn meeting ada sediakan breakfast dan lunch sekali (jimat)......papa jer yang bawak bekal, jimatla sikit daripada beli kat luar yela alang2 masak untuk twin ngn Mak Long, masak lebih untuk kami bawak bekal.....(masak sendiri lebih bersih berbanding makanan diluar dan yang paling penting airtangan mama untuk anak tersayang & airtangan isteri untuk suami tercinta)


Nasi Lemak Ayam Goreng

Jadual Menu (14-25.03.2016)

Bila weekend jer kepala dok pening nak fikir beli bahan basah untuk wat stok seminggu atau lebih, almaklumla ari2 biasa tak mampu nak ke pasar beli bahan basah sebab kerja, nak beli kat Giant or wat ever biasanya bahan basah ni kurang segar berbanding pasar basah biasa...so, amik keputusan seminggu sekali atau dua minggu sekali g pasar....sebelum g pasar biasanya saya akan sediakan jadual menu untuk twin dan kami sekeluarga....
Apabila ke pasar saya dah ada rujukan, contoh nak beli ayam berapa ekor untuk berapa kali masak....memandangkan twin lebih suka ayam, kena beli ayam lebih dan menu mesti banyak kepada ayam.....selalunya ayam beli kat Azzain sebab ayam organic tapi kekadang tu kalo tak sempat g Azzain belasah jela....hihihi tapi selalunya cuba gak untuk ke sana....(memberi yang terbaik untuk yg kita sayang)
 Inilah menu kami sekeluarga dari 14 Mac 2016 hingga 25 Mac 2016....Moga saya terus istiqomah untuk memasak....lagipun ok sebab saya dan suami leh bawak bekal g opis.....xyah pening nak makan apa kat opis......
yela dah alang2 masak biar masak lebih.....konsep saya "airtangan mama untuk anak tersayang & airtangan isteri untuk suami tercinta....." biar jauhmana pun mereka terbang, pasti mereka akan merindui airtangan saya......