Rabu, 21 Oktober 2015

My TTC Journey: Segalanya Bermula Disini......


Episod Pertama: Saya berkahwin agak awal tika usia saya menginjak 24 tahun dan umur suami 25 tahun, iaitu pd 27.11.05....alhmdulillah Allah mngurniakan jodoh saya secepat ini....tahun pertama hingga tahun ketiga saya dan suami langsung tidak memikirkan soal anak, almklumla baru nak membina kerjaya...klinik gov dulu tidak seperti klinik gov sekarang, dulu kalo dah kahwin 3 tahun baru boleh dpt khidmat pakar gynea.....xpele, shinggala pd tahun 2008 saya mndpt khidmat pakar di LPPKN (Dr Hamizah). Beliau merupakan kenalan suami saya, saya melalui pelbagai proses seperti biasa sehinggala Dr decide untuk kami membuat rawatan kesuburan iaitu iui. Rupa-rupanya proses iui itu tidak semudah yang disangka tapi demi amanah Allah saya sanggup, suami saya menitis airmata acapkali saya perlu mencucuk perut saya sndiri. Hanya Allah saja yg tahu masa tu tapi ianya tidak mematahkan semangat saya. Telur saya sangat cantik dan besar, Dr kata peratus untuk saya pregnant tinggi, wah makin berbunga-bunga lah bila Doktor memberi harapan sebegitu.

Akhirnya saya melalui proses iui dengan harapan yang sangat tinggi, selepas dari itu saya sangat menjaga....sehinggalah suatu hari period saya datang, hanya Allah saja yang tahu...seharian saya berkurung dibilik, tak makan, tak minum.....jiwa saya terganggu, emosi saya memberontak! Suami saya cuba menenangkan saya tapi saya langsung tak endahkan, jiwa saya sakit....kenapa saya tidak mengandung sedangkan masa proses iui saya diberi harapan yang tinggi. Suami saya kata ayg ingat Allah, Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Saya cakap dengan suami, Allah saya kita ker? Kalo Allah sayang kita Allah tidak akan uji kita seperti ni....suami saya cakap baik ayg ckp camni, kita org islam kena percaya pada qada dan qadar...jgn kerana kegagalan ini ayg nk salahkan Allah, tergamam saya bila suami cakap camtu, selepas dari kejadian itu barulah saya sedar inilah yang dinamakan qada dan qadar Allah....

Selepas kegagalan pertama, saya tak serik utk wat iui utk kali kedua dengan nekad seandainya ni takdir pjalanan yg perlu saya lalui, saya akan lalui....tapi kali ni agak berbeza bila Dr mgesahkan saya ada endometriosis. Hanya Allah saya yang tahu perasaan saya tika dan saat itu, tp Dr kata orang yg ada endometriosis pun boleh hamil, so kami melakukan proses iui utk kali k2, kali ni saya tidak meletakkan arapan yang tinggi apatah ag bila saya tahu diri saya ada endometriosis. Ternyata rezeki ini bukan milik kami lagi....saya akur dengan ketentuan Allah! Akhir tahun 2008, saya ke klinik swasta utk scan tahap endometriosis saya. Dr mberi cadangan pd saya utk melakukan operation kerana endometriosis saya smakin mmbesar bgaikan juara....aniversery k3 saya menyambutnya di wad gynea Hospital Selayang....tunggu erk, saya akan sambung cite ini secepat mgkn..... inshaallah kalo diizinkn……
 
 

Ahad, 4 Oktober 2015

Airtangan: Resepi Bihun Bakso

BIHUN BAKSO

Sup

3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah biji *
1 batang serai diketuk
1 sudu besar pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam

Cara-cara
Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air dan pati daging, serbuk lada sulah dan garam.

Bebola Daging

400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam


Cara-Cara
Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan

Untuk Hidangan

Bihun yang telah direbus
Kobis dihiris halus
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng

Atur bihun, kobis dan bebola di dalam mangkuk. Tuang sup bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.