Isnin, 11 Januari 2016

Airtangan: Laksa Johor





Bahan-bahan untuk kuahnya:

1 kg ikan kembong direbus dan ambil isi – (xkisah guna ikan apa)
3000 gm udang basah - kupas dan  direbus
1 cawan udang kering - direndam
5 sudu besar rempah kari  ikan
5 sudu besar cawan pes cili kering
3 batang serai ~ diketuk
1 inci halia ~ mesinkan
1 inci lengkuas ~ mesinkan
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
7 sudu besar kerisik
1/2 kg pati santan
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
1 keping asam keping (secukup rasa)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara Penyediaan:

  1. Mesinkan isi ikan, udang basah,udang kering sehingga halus dan ketepikan.
  2. Mesinkan halia, lengkuas, bawang besar dan bawang putih sehingga halus.
  3. Pijarkan minyak dalam periuk dan tumiskan serai rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan cili mesin, bawang, halia dan lengkuas ~ kacau sehingga masak.
  5. Masukkan isi ikan, pes udang, udang kering dan bunga kantan/daun kesum.
  6. Masukkan kerisik, santan pekat dan kacau.
  7. Masukkan asam keping dan garam.
* Jika kuahnya terlalu pekat, tambahkan air panas. (Kuah laksa Johor sepatutnya agak pekat)

Ulam-ulaman:

1biji timun - dipotong nipis
1 ikat daun kesum - dihiris
100 gm taugeh - dibersihkan dan buang ekornya
2 labu bawang besar - dihiris nipis
100 gm kacang panjang - dihiris
1 kuntum bunga kantan dihiris nipis-nipis
5 biji limau kasturi - dibelah dua dan buang bijinya

Sambal cili:
5 biji cili lada merah
1 biji bawang putih 
1 inci belacan
sedikit garam 
* dimesinkan/ ditumbuk menjadi sambal