Diambil dari blog 2uzulfa.blogspot.my (thanks kerana penulisan anda yang hebat)
“Apakan
daya, kita ini umpama mentimun, digolek terluka, menggolek juga terluka.” Pepatah yang diturunkan dari generasi ke generasi
sering menjadi penunjuk aras mereka yang lemah.Kita juga sering
mendengarnya dari mulut kaum wanita.Wanita sering dilihat seumpama mentimun
yang sentiasa menanggung akibat negatif hasil perbuatannya sendiri
atau orang lain. Lihat sahaja kepada gejala sosial yang semakin meruncing dewasa
ini.Bila kes zina yang membawa kepada pembuangan anak meningkat saban
hari, maka tentunya kaum wanita yang terkena impak yang maksimum dari
penzinaan tersebut. Manakan tidak, wanitalah yang hamil dan melahirkan
anak luar nikah itu, walaupun zina semestinya memerlukan kedua-dua jantina
untuk ia berlaku.Dan bila wanita itu membuang bayinya, maka sudah tentu wanita
itu lebih mudah dibuktikan dan terpaksa berhadapan dengan hukuman
penjara maksimum 20 tahun di bawah undang-undang jenayah Malaysia .Yang
terbukti bersalah, memang sepatutnya dihukum, tidak kira apa jantina
sekalipun. Wanita juga menerima kesan negatif bila kes-kes penderaan
domestik berlaku di dalam rumahtangga. Belum lagi dikira dengan penderaan emosi
kerana terpaksa berulang-alik ke Mahkamah Syariah untuk menuntut nafkah
anak-anak.Cuma bila difikirkan dari sudut yang lain pula, kemana perginya
lelaki-lelaki yang menghamilkan wanita-wanita itu? Tidakkah mereka juga
bersalah kerana melakukan zina dan menyumbang kepada pembuangan bayi-bayi
malang tersebut?
Di mana pula suami-suami yang lari daripada tanggungjawab
terhadap keluarga malah sanggup pula mencederakan wanita. Kenapakah mereka
sanggup berbuat begitu terhadap wanita yang sepatutnya mereka lindungi dan
hargai?
PENDIDIKAN DI DALAM KELUARGA
Tidak dapat tidak, segala yang berlaku ini memaksa kita untuk menyelusuri semula metodologi pendidikan terutama pendidikan di dalam keluarga.Jika ibubapa sering merasa gusar untuk membesarkan anak perempuan, sehingga terciptanya satu pepatah, menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang kerbau, pendidikan anak lelaki pula seringkali tidak dilakukan secara optimum.Pendidikan anak-anak lelaki , pasti berlainan dengan cara mendidik anak-anak perempuan , kerana mereka berbeza dari segi biologi dan psikologi.

Pendekatan tradisional seringkali
memberikan kelebihan kepada anak lelaki kerana bagi ibu bapa . mereka
tidak sesukar untuk dijaga berbanding anak perempuan kerana lelaki lebih
berakal dari perempuan yang sering dilabelkan lebih beremosi. Anak lelaki tidak
luak apa-apa , itu mungkin yang sering menjadi alasan ibubapa untuk memberi
kelonggaran kepada mereka.Sekiranya lelaki menghormati dan menghargai kaum
wanita, maka kes-kes penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi, penderaan
emosi dan fizikal juga isteri yang dibiarkan tanpa nafkah boleh
dikurangkan walaupun mungkin tidak dapat dihapuskan sama sekali.Anak
lelaki yang meningkat remaja , dimana perubahan hormon dan pengaruh rakan
sebaya yang sangat mencabar, bimbingan ibubapa adalah sangat kritikal. Apa-apa
nilai atau tabiat yang terbentuk semasa tempoh ini akan menjadi sebahagian dari
diri mereka sehingga dewasa. Ibubapa seharusnya merebut peluang di
dalam tempoh ini untuk mendidik mereka sebaik mungkin termasuk menerapkan
sifat menghargai wanita.Sekiranya remaja lelaki merasai kehadiran kedua ibubapa
di dalam kehidupan mereka ,maka nilai dan sudut pandang ibubapa akan
meresap jauh ke dalam diri remaja.Ini tentunya membantu mereka membuat
keputusan yang tepat di dalam banyak perkara termasuk pergaulan berlainan
jantina.
PERANAN IBU DAN BAPA
Semasa kecil, ibu mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam kehidupan kanak-kanak lelaki.Ini adalah masa terbaik untuk menerapkan nilai menghormati wanita kepada anak-anak lelaki. Para ibu juga perlu memastikan mereka mendapat penghormatan yang selayaknya dari anak lelaki.Sewajarnya mereka tidak membiarkan anak lelaki bercakap tanpa rasa hormat , hatta sekecil perkara tidak memberikan fokus kepada percakapan atau mata memandang ke arah lain. Sejak turun-temurun, anak lelaki selalu terlepas dari menolong membuat kerja-kerja rumah kerana ia dilabel kerja orang perempuan.Ini memberi persepsi bahawa perempuan hanya ditugaskan untuk menerajui kerja-kerja yang tidak penting.Ibu dengan lembut tetapi tegas perlu memastikan semua anaknya tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai tanggungjawab yang sama di dalam menjalankan kerja-kerja di rumah.

Pepatah anak
perempuan hanya akan terperap di dapur sahaja tidak terpakai lagi di zaman
ini. Ibu juga jangan sekali-kali memberi persepsi kepada anak lelaki bahawa
menjadi seorang wanita, ibu dan isteri adalah di posisi yang lemah dan rendah
dari kaum lelaki. Para ibu seharusnya merasa bangga menjadi seorang wanita dan
ibu dan tidak sekali-kali memperkecilkan kebolehan diri sendiri di hadapan anak
lelaki.Ibu dengan segala sifat kasih sayangnya boleh menjelaskan bahawa
perempuan dijadikan sebagai pelengkap kepada kehidupan dan mereka wajar
diberi penghormatan selayaknya , setara dengan kaum lelaki.Bapa pula
memainkan peranan yang sama penting (atau lebih penting) untuk menerapkan sifat
menghargai kaum wanita di sekeliling anak lelaki meraka. Cara bapa melayan
isteri ,anak dan saudara perempuan akan dilihat , dinilai dan dianalisa
oleh anak lelaki . Sekiranya kaum bapa bertindak melulu dengan memarahi atau
merendahkan wanita maka akan terbitlah kefahaman di benak anak
lelaki bahawa perempuan boleh dibuat sesuka hati oleh kaum lelaki.Cara bapa
melayani dan berinteraksi dengan ibu mereka adalah satu contoh kritikal untuk
membentuk perasaan hormat dan sayangkan wanita.Puji dan hargailah pengorbanan
isteri di depan anak-anak.,raikanlah pendapat isteri dan anak perempuan
secara terbuka dan tidak melebihkan anak lelaki hanya kerana
jantina mereka.Pastikan anak lelaki menghormati ibu mereka .Bapa boleh
mengambil pengajaran dari pepatah ‘the best gift a father can give to their
sons is loving their mother”. Persoalan kerja rumah juga tidak harus dipandang
remeh oleh para bapa. Elakkan dari memberi pengecualian kepada anak lelaki
sekiranya si isteri mengarahkannya untuk menolong kerana ini akan memberi kesan
tidak baik kepada anak lelaki.Doktrin kerja rumah hanya untuk perempuan seolah
telah dipersetujui oleh si bapa maka anak lelaki pasti tidak mengendahkan
suruhan ibunya kelak. Ringkasnya, kedua ibu bapa sepatutnya memainkan peranan
secara efektif untuk menerapkan pendidikan keapada anak lelaki terutama di
dalam aspek menghormati dan menghargai sesama manusia termasuk wanita.
MANUAL
PENDIDIKAN ANAK LELAKI
Persoalan pergaulan berlainan jantina bagi anak lelaki seharusnya dipandang secara serius oleh kedua ibubapa.Ibubapa dengan sifatnya yang saling melengkapi boleh memberi panduan kepada anak lelaki bagaimana untuk bergaul dengan perempuan seawal usia pra remaja lagi.Bagi yang muslim, persoalan muhrim dan tanggungjawab perlu ditekankan sebaik mungkin.Sekiranya ibu bapa merasa gelisah dan cemas melihat anak perempuan mereka keluar rumah dan bergaul bebas, maka perasaan yang sama, (malah sepatutnya lebih lagi) juga perlu dirasa jika ia berlaku kepada anak lelaki ,kerana tanggungjawab menjadi seorang lelaki adalah lebih berat dibandingkan dengan perempuan.Komunikasi dua hala di antara ibubapa dan anak lelaki haruslah dijadikan rutin di dalam keluarga.Berbincanglah dengan mereka sekiranya mereka sudah mula berpacaran.Tanyakan isi hati mereka, matlamat mereka mencari pasangan dan nasihatilah mereka dengan cara berhikmah.Pastinya ibu bapa merasa bimbang sekiranya anak perempuan mereka dibawa lelaki keliling bandar, namun perasaan itu juga sepatutnya dikongsi dengan anak lelaki mereka sekiranya mereka pula yang mengusung anak perempuan orang tanpa menghiraukan batasan agama dan budaya.Bagi umat Islam, persoalan akhlak dan jati diri sebagai seorang lelaki perlu di sematkan dihati anak lelaki tanpa kompromi.Batasan dan garis panduan pergaulan lelaki perempuan patut dijadikan perbincangan khusus untuk anak remaja lelaki.Pengaruh rakan sebaya pastinya hebat di waktu remaja , namun sekiranya keluarga sentiasa berada di sisi remaja lelaki maka pengaruh ini boleh dikurangkan.Nilai dan adab yang disemai di dalam keluarga sedari awal lagi boleh menjadi benteng remaja lelaki untuk berpacaran tanpa tujuan.Didiklah anak lelaki dengan memberi mereka tanggungjawab yang sesuai dengan usia mereka.Peringatkan mereka dengan tugasan mereka sebagai pelapis generasi mendatang, pelindung kepada yang lemah dan menghormati kaum berlainan jantina.Terapkanlah perasaan prihatin dan kasih kepada adik-beradik dan saudara perempuan mereka.

Justeru, mereka boleh menjadi pelindung dan penjaga
kepada saudara perempuan mereka.Pasti mereka boleh menegur dan menasihati
saudara perempuan jika mereka melakukan sesuatu di luar batasan agama dan
budaya seperti berpakaian tidak menutup aurat,merokok atau berpeleseran.Kesan
domino ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan gejala sosial di dalam
masyarakat kita. Contoh terdekat kepada umat Islam yakni Rasulullah
saw, perlu dijadikan bahan cerna minda harian kepada anak lelaki. Rasululllah
saw, walau berada di tempat tertinggi kepimpinan dengan tanggungjawab yang
berat, telah menunjukkan secara praktikal cara untuk menyayangi dan menghargai
wanita di sekeliling Baginda. Baginda mengambil peduli dengan segala permasalahan
wanita, meraikan pendapat isteri dan anak Baginda, membantu isterinya di
dalam kerja rumah dan pelbagai lagi sifat keprihatinan yang ditunjukkan
Baginda.
Kisah Nabi Yusuf yang telah dikisahkan di dalam Al-Quran boleh
dijadikan manual wajib pendidikan anak-anak lelaki.Surah Yusuf ayat
23-24 mengisahkan Nabi Yusuf telah diajak berzina oleh
ibu angkatnya.Walau berhadapan dengan kesempatan yang terbuka
luas,Baginda telah membuat pilihan untuk menolaknya, malah sanggup
dipenjara.Beginilah jati diri dan keimanan remaja lelaki yang ingin kita bina –
berani berkata TIDAK walau seluruh dunia menggodanya.Berikan mereka
motivasi dengan hadis Rasulullah swt yang mengatakan bahawa salah
satu golongan yang akan mendapat naungan Allah swt di hari akhirat kelak adalah
seorang lelaki yang apabila diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita
kaya lagi cantik lalu dia berkata,’aku takut kepada Allah”.(Hadis riwayat
Bukhari).Sekiranya ibu bapa, keluarga dan masyarakat mula meneroka perspektif
berbeza di dalam pendidikan anak lelaki, generasi lelaki mendatang
pastinya akan lebih berkualiti.Kita ingin melahirkan ramai lelaki seperti
kepimpinan tertinggi di Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mengambil langkah
proaktif mewujudkan koc komuter khas untuk wanita demi menjaga
kebajikan wanita tidak kira kaum dan pengangan agama. Minda dan jiwa prihatin
seperti inilah yang kita ingin tanamkan di kalangan remaja lelaki hari
ini.Semoga tiada lagi lelaki yang sanggup menyentuh gadis tanpa ikatan
yang sah, tiada lagi suami yang sanggup ‘naik tangan’ kepada isteri dan tiada
lagi bapa yang melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Allahu'alam
Allahu'alam